Kerjaya VS Amanah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Setelah sekian lama menyepi ari ni Mar ingin berkongsi permasalahan semasa dan delima yang dialami oleh setiap wanita terutamanya bagi mereka yang dh bergelar seorang ibu iaitu kerjaya VS Amanah. Dewasa ini, penglibatan wanita dalam menyumbang pendapatan isi rumah di lihat begitu penting terutamanya bagi mereka yang tinggal di ibu kota dan bandar2 besar. Pada masa kini juga, wanita2 mula dilihat memegang jawatan-jawatan penting sekaligus mengambarkan bahawa sistem yang adil digunakan di Malaysia ni. Amanah disini Mar maksudkan adalah keluarga meliputi suami, anak dan ibu bapa. Bagi wanita yang berkerjaya tambahan lagi dengan kedudukan yang penting, masa untuk diluahkan untuk memenuhi ámanah' ini terpaksa diabaikan. Ada kalanya wanita tersepit antara untuk memenuhi kehidupan dan melaksanakan amanah.. Kalau tak keje mane nak cukup duit utk keperluan harian yang makin mendesak ni.Jadi mau tak mau mereka ni terpaksa gak keje walaupun ...