Kerjaya VS Amanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama menyepi ari ni Mar ingin berkongsi permasalahan semasa dan delima yang dialami oleh setiap wanita terutamanya bagi mereka yang dh bergelar seorang ibu iaitu kerjaya VS Amanah.

Dewasa ini, penglibatan wanita dalam menyumbang pendapatan isi rumah di lihat begitu penting terutamanya bagi mereka yang tinggal di ibu kota dan bandar2 besar. Pada masa kini juga, wanita2 mula dilihat memegang jawatan-jawatan penting sekaligus mengambarkan bahawa sistem yang adil digunakan di Malaysia ni. 

Amanah disini Mar maksudkan adalah keluarga meliputi suami, anak dan ibu bapa. Bagi wanita yang berkerjaya tambahan lagi dengan kedudukan yang penting, masa untuk diluahkan untuk memenuhi ámanah' ini terpaksa diabaikan.

Ada kalanya wanita tersepit antara untuk memenuhi kehidupan dan melaksanakan amanah.. Kalau tak keje mane nak cukup duit utk keperluan harian yang makin mendesak ni.Jadi mau tak mau mereka ni terpaksa gak keje walaupun ada di antaranya mmg ingin bekerja.

Bagi Mar, bende ni agak subjektif kerana tak semua orang keje mereka sama tapi tanggungjawab terhadap suami, anak dan ibu bapa tetap sama. Bagi mereka yang bekerja di organisasi yang fleksible, semestinya kes anak2 terabai dan bercerai-berai ni tak terjadi (tp ade faktor lain gak tau..ni salah satu je). Bagi organisasi yang agak ketat peraturannya, ia menyebabkan wanita tu mesti stress sb nak meet requirement organisasi la, bila balik umah tanggungjawab still nk kene teruskan such as memasak, kemas rumah dan sbgnya.

Disini sang suami kene bertimbang rasa atas segala pengorbanan isteri. Bukannya nak me'raja'kan isteri tapi membantu isteri yang kepenatan. Tapi macam mane pulak kes bagi mereka yang terpaksa tinggal berjauhan? Pastinya satu cabaran bagi sang isteri dalam menguruskan anak. Bayangkan keje di pejabat yang tak pernah habis, anak nak ke sekolah, anak kecil yang sakit dan pelbagai masalah terpaksa di harungi oleh sang isteri ni.

Sekarang ni Mar berada di keadaan ini di mana suami bekerja di Port Dickson dan hanya boleh pulang pada Jumaat petang. Hidup memang terasa kelam kabut dengan urusan yang macam2 ni dan menyebabkan ada masanya Mar terpikir untuk berhenti kerja dan fokus pada anak yang sedang membesar (Ikmal dah 7bulan) ni. Namun desakan hidup mengatasi segala-galanya..Di samping membantu suami dalam perbelanjaan rumah, Mar perlu terus kerja untuk membantu ibu bapa di kampung. 

Tapi Mar tetap akan tukar kerja apabila dah sampai masanya utk cari organisasi yang lebih fleksible atau buka bisnes sendiri supaya Mar leh organise Mar utk laksanakan amanah ALLAH sebagai seorang isteri dan ibu..Doakan Mar berjaya ye..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat