Bicara Perempuan: Kewajaran untuk tidur atau tinggal lebih drp semalam di Rumah Couple/Tunang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Mar nak berbicara mengenai topik di atas. Dah makin meningkat usia ni, Mar perhatikan ramai ibubapa yang bersikap sporting dan santai dalam memenuhi kehendak anak-anak. Ibu bapa sekarang ni cukup sporting sampai dah jadi mcm kawan2, boleh berbicara pelbagai topik sehingga la bab pakwe/makwe ni. Ibu bapa sekarang pn cukup senang melepaskan anak kemana-mana. Mar cukup ingat lagi peristiwa waktu darjah 6 sewaktu sekolah buat lawatan ke FRIM. Punyalah ayah tak bersetuju dan berkeras tak bagi pergi. Sejak daripada tu, mmg Mar tak pernah la nk mintak kat ayah nak gi memane sb ayah cukup berkeras dan akan soal sampai xboleh nak jawab persoalan nak pegi tu. Jadi, bile tgk budak2 merayau di Time Square atau shopping mall memane, mmg Mar akan terpikir "Eh,knp dorang jalan dengan kengkawaan je..takde parents pn". Mar dulu hanya akan berjalan bila parents ikut sekali..rasenya pengalaman keluar ngan kawan2 ni merasa pn waktu...