Bicara Perempuan: Kewajaran untuk tidur atau tinggal lebih drp semalam di Rumah Couple/Tunang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni Mar nak berbicara mengenai topik di atas. Dah makin meningkat usia ni, Mar perhatikan ramai ibubapa yang bersikap sporting dan santai dalam memenuhi kehendak anak-anak. Ibu bapa sekarang ni cukup sporting sampai dah jadi mcm kawan2, boleh berbicara pelbagai topik sehingga la bab pakwe/makwe ni. Ibu bapa sekarang pn cukup senang melepaskan anak kemana-mana.
Mar cukup ingat lagi peristiwa waktu darjah 6 sewaktu sekolah buat lawatan ke FRIM. Punyalah ayah tak bersetuju dan berkeras tak bagi pergi. Sejak daripada tu, mmg Mar tak pernah la nk mintak kat ayah nak gi memane sb ayah cukup berkeras dan akan soal sampai xboleh nak jawab persoalan nak pegi tu.
Jadi, bile tgk budak2 merayau di Time Square atau shopping mall memane, mmg Mar akan terpikir "Eh,knp dorang jalan dengan kengkawaan je..takde parents pn". Mar dulu hanya akan berjalan bila parents ikut sekali..rasenya pengalaman keluar ngan kawan2 ni merasa pn waktu Tingkatan 4 dan 5 di sekolah asrama penuh dulu.
Tu satu bab la, skrg ni Mar perhatikan mcm dh trend lak pasangan akan duduk rumah bakal pasangan walaupun xde ikatan@couple atau pn separa ikatan@tunang. Kekadang tu duduk lebih seminggu. Yang bestnye, parents bagi pergi tapi bila blakang merungut ckp anak dah lebih kan family sane la, belum kawin dah tak balik rumah la..Kalo mcm tu kenapa dari awal setuju.
Secara jujur Mar pernah duduk rumah ex-pakwe dulu semalam dan mmg menyesal gile2 la dgn keputusan bodoh tu. Sebab bile hubungan tu putus, perasaan malu ngan org keliling tu menyebabkan Mar sangat stress. Sb bila dah pergi jumpa mak ayah dan tido rumah pasangan tu, mcm dh declare kat semua yg kami nak kawen. Bila tak jadi, Ya Allah memang malu sangatla.
So bila dh berkenalan ngan suami, mmg Mar melarang diri sendiri untuk tido di rumah suami walaupun dh status tunang. Pernah sekali pergi ruamh suami ketika couple tp atas tiket'Hari Raya'dan pergi pun beramai-ramai. Cukup sekadar nak tau rumah di mana. Kalo zaman sekrang ni, adik-adik gi la guna Instastreet tu..xyah gatal-gatal nak tido atau tinggal lelame kat rumah orang yg belum confirm pasangan kita.
Tunang pn bukan confirm lagi, so baik tak yah pegi. Pikir balik nama baik sendiri dan family bila kita buat keputusan tu. Sbg parents pulak kene tegas bab2 ni. Nak sporting ade ketikanya, bukan nk turut je kehendak anak. Kalo lebih byk mendatangkan fitnah baik tak yah benarkan. lebih baik mencegah sebelum bende buruk terjadi dan time tu baru nak salah anak mmg xpatutla..sb kite sebagai parents sendiri xpernah nak larang dari mula.
Nt dh kawen, nk dok rumah mertua sampai bebila pun takpe..xde sape nak mengata. Sebelum kawen xyah nak menggatal dok rumah orang, nak buat baik/rajin rumah orang sedangkan kat rumah sendiri malas.
#truestory
#annoying
#puiii
Ulasan
Catat Ulasan