Apple oh Apple

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mar bukan la pengguna sejati Apple product. Pakai pun setakat Iphone 7+ 4 tahun lepas dan masih gunakan sampai skrg..Dulu hanya subscribe iMusic je sb mmg suka dengar lagu. Nak tukar kepada full enviroment Apple masih tak mengizinkan dari segi kewangan. Nk tukar Macbook, laptop masih ok. Nak tukar iWatch, Garmin dok elok lg pakai walaupun simple features.


It all start bila Garmin hilang ntah mana sewaktu husband dan Aisyah kena Covid-19. Husband dpt dr rakan sekerja dan Aisyah dpt drp husband. Aisyah kena admitted ke Hospital Sg Buloh untuk kuarantin sb dia bawah 2 tahun dan perlukan pemantauan hospital. Alhamdulillah dorang xde pun simptom yang teruk. Hanya Stage 1 Covid.


Selepas kehilangan Garmin tu, Mar dah tak de jam dan rasa lost la pulak jam takde. Time tu terpikir nak google kelebihan iWatch dan salah satu features yg Mar suka adalah dia boleh allow Mar dgr lagu (through bluetooth earbuds) tanpa perlu bawak phone. Tu datu advantage bila jogging/hiking/walking. Kekadang Mar pusing blok perumahan Mar je, so malas nak bawak phone. So features really helpful. Satu lg, since dah ade 2 Apple products, iWatch boleh locate mana phone Mar kalo salah misplace. Dia akan hntr signal dan hp akan ringing dan kita boleh la cari mana tersembunyinya hp tu.


Soon lepas tu pulak Laptop Mar buat hal lak tp nak salahkan pun laptop tu Mar beli since 2013 so dh berusia 8 years pada masa Mar tukar Macbook Air pada 2021. Mula2 try tukar harddisk, so bertahan la kejap, pastu dia buat hal balik (tak boleh tukar butang on). Bila cek kt kedai komputer, masalah lain lak dpt--->processor lak problem. Dah jadi major problem lak. Ai yai yai..Dah bertimpa2 lak. Padahal baru teringat nak beli iPad utk buat note taking time meeting or masa keje nt. So iPad kena la tnggu dulu.


Bila dah pakai iPhone 7+, iWatch SE dan Macbook Air ni dah boleh kira lengkap ade enviroment Apple. Syok sebenarnya sb everything is sychronize. Tak perlu nak download lagu asing utk Macbook. Ape yg buat dalam Note kat iPhone, bila buka Macbook je terus masuk. Tak perlu nak bluetooth. Bila dah ade adik pakai iPhone, seronok hntr gmbr pakai Airdrop. Kualiti gmbr sama je mcm diambil. Tak dikecilkan file mcm WhatsApp. Kalo adik yg pakai hp canggih tu, mmg terbaik la kualiti gambar tu.


Kesimpulannya, memang berbaloi untuk pakai produk Apple. Antivirus pun xperlu beli sb ade security Apple. Boleh jugak update iOs untuk model2 lama ni so worth it la beli mahal2 😅. Mar bersyukur ngan rezeki Allah bagi kerana membolehkan Mar merasa teknologi2 ni. Walaupun ramai kawan2 dah bertukar lama dah ke Apple, Mar baru sekarang ni 'mampu' sikit. Yang pakai Android ok je, sb byk dah company yg dah buat mcm ala2 Apple dari segi kesempurnaan enviroment product dorang. Sebab tu dorang start keluarkan jam, tab, laptop dan phone untuk completekan enviroment tu untuk mudahkan user.


P/S: Nak pakai Apple ke Android ke, kena buat kiraan kewangan masing2. Jangan "Biar Papa Asalkan Bergaya"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat