Review: OPPO Find 7
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Topik hari ni bukan untuk promote OPPO sb Mar bukannya dealer OPPO. Sekadar nak kongsi cerita macam mana boleh terjebak membeli OPPO Find 7 ni. Untuk makluman, Mar ni agak picky bab-bab nak beli gadget dan barang elektronik ni. Selalunya berbulan atau ade kes sampai setahun Mar fikir nak beli, barulah Mar beli. Kekadang tu sampai ke sudah tak beli gak.
Mar memang jenis suka buat pro and cons sesuatu barang. Dari segi harga, kualiti, reliability dll. Sebelum guna Find 7, Mar pengguna Samsung S3 dibeli kira-kira sebulan sebelum bersalin kan Ikmal. Before that, Mar pengguna Blackberry. Reason changing to S3 adalah disebabkan Mar perlu hp yang sedikit canggih memandangkan Mar akan berpantang di kg dan disebabkan Mar masih lagi tak habis Master. So kira bolehla buat assigment atau discussion kt S3. Faham jela Blackberry kena taip satu-satu pakai keypad..so slow la skit keje apatah lagi skrin yang kecil.
Bila dh pakai S3 almost 2 years ni, banyak lak hal jadi. Bukan nak kata S3 tak bagus, cumanya disebabkan keperluan dan penggunaan internet yang tinggi so S3 ni agak kebelakangan la berbanding hp lain. Bayangkan RAM S3 tak sampai pun 1GB. Dalam group WhatsApp sahaja dah ade at least 10 groups (Group utk ofis shj dah 6-7 group). Bateri mmg tak yah cakapla, selepas setahun mmg performance dia akan reduce. Mana-mana telefon pun sama.
Asalnya Mar nak tukar bateri je tapi memandangkan it will not solve the problem, so Mar berkira-kira la nak tukar hp. Problem utama Mar adalah S3 kerap hang terutama bila bateri kurang drp 30% dan bateri akan habis by pukul 10pg. So it create a lot of problem memandangkan Mar ni bekerja. Mana tak stress, takut time tula bos WhatsApp benda urgent. Kang tak pasal-pasal kena tuduh memacam.
Ada 2 pilihan yang Mar ade time tu iaitu Note 3 dan Note 4 although Mar lebih suka Note 4 disebabkan features dia la tapi Mar ade tight budget. Note 3 dalam RM1800 manakala Note 4 dalam RM2300, iaitu harga selepas GST.huhuhu. The location Mar pergi adalah di 1GadgetDotCom di Menara PGRM. Harga kat kedai ni memang murah RM200-300 drp kedai biasa-biasa. So it really recommanded bagi sesapa nak beli hp kt sini.
Sewaktu kat kedai dan tengah dok belek-belek hp, promoter kedai approach dan tanya model hp apa yang Mar nak. So dia explain the good and little 'kurang' kt Note 3 dan Note 4. At that time la, dia suggest kat Mar untuk ambik Find 7 disebabkan harga dia lebih kurang sama dengan Note 3 tapi Mar dapat sama spesifikasi mcm Note 4. Apatah lagi dia ada fungsi Rapid Charging. Dalam 1 jam 10 minit leh 100% penuh dan kalo 15 minit boleh 20-30%. Memandangkan Mar active user especially bab internet ni, so Mar pun terpedaya..hihi..last2 beli gak hp ni.
![]() |
| Packaging OPPO Find 7 |
Kamera dia biasa sahaja dan Mar rasa Samsung is better tp Mar ni bukan kaki selfie so part kamera ni mmg xamik port sangat la. Sb hp sekarang ni bukan utk setakat tgk FB, instagram or Tweeter sahaja tapi lebih kepada penggunaan utk kerja. Sb dlm hp boleh buka email, edit words@excel, nak take note meeting dan sebagainya. Penggunaan S pen tak mampu menarik minat Mar sb Mar dh test guna Note 3 Neo suami, dan bagi pandangan Mar, I can live without it.
Kalo bab game, Mar tak sure sebab setakat ni memang tak install game ape-ape dlm Find 7 ni. Sebab tak nak Ikmal kaco hp Mar. Byk work stuff dalam ni so takut dia terdelete. Bagi Mar, kalo nak main game it better beli console game mcm PSP4 atau PSVita untuk senang nak bawak ke mana-mana. Dua item ni la, dok hampir setahun dalam kepala..bila la nk beli?Hihihi
PS: Mar beli hp ni 27 April yang lalu, so sempatla bawak waktu ke Langkawi bebaru ni. Alhamdulillah, bile hp dh nak habis bateri, g lepak kat kedai charge hp dlm 30 minit dpt 70%. So it really recommanded kepada sesape yang active user.

Ulasan
Catat Ulasan