Perkongsian Fakta/Ilmu Dalam WhatsApp/WeChat/Viber etc

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada kali ni Mar nak berkongsi pandangan mengenai perkongsian fakta dalam aplikasi telefon seperti WhatsApp, WeChat dan banyak lagi. Pertumbuhan teknologi baru yang makin pesat ni sebenarnya banyak memudahkan urusan kita pada masa kini. Contohnya zaman dulu kalo nak berhubung ngan kawan2, saudara mara, mak ayah mesti menerusi surat. Mar dulu pun pernah berbalas surat ngan best friend sb time tu dok sekolah asrama kat Penang walhal kawan dekat KL. 

Sekarang pula dah jadi fenomena untuk menggunakan Smart Phone dalam urusan harian. Sememangnye Smart Phone ni memudahkan urusan Mar yang kerap perlu melayani internet untuk urusan perbankan, check email dan sebagainya. Dulu ramai orang share pelbagai maklumat dalam internet atau blog tp skrg ni ade jalan lebih mudah iaitu dengan guna aplikasi seperti WhatsApp. Pertamanya, of course la sb free..taip la berapa panjang pun xde extra chargers.. Keduanya sb mudah nak guna. So sejak apps ni wujud ramaila akan share memacam seperti wish birthday, ari raya, ingatkan pasal puasa dan banyak lagi.

Bende baik ni memang Mar alu2kan sb kekadang kita ni lupe terutamanya berkenaan puasa2 sunat. Cume Mar tak berapa nak suka bile ade orang mula share bende bukan2 dalam WhasApp ni..Sometimes I feel offended sb berbentuk sexual harrasment. Tak dapat dinafikan, kawan2 Mar gak buat camtu tp ade kalanya melampau sgt gmbr atau 'fakta' yang dorang bagi tu sbb tak terbukti kesahihan bende tu. Lg satu, kalo panjang berjela pun mmg Mar takkan baca pun sb mcm baca buku lak nak kene baca panjang2..Supposely bende2 dalam WhatsApp ni kenela short and sharp je..paling panjang pn penuh skrin cukupla.

Satu lagi.. kekdng kat hujung ayat tu mesti ada ayat "Mohon Share"..tang tu mmg letih la..lagi worst kalo kata kalo hantar dapat kebaikan dan kalo tak hantar dapat keburukan..Msg2 berantai ni lagi Mar xcukup minat walaupun berkaitan agama. Mar rasa ade org menggunakan agama sebagai alasan untuk hantar bende2 yang kita tak tahu kesahihannya. Mar pilih jalan selamat utk tidak share bende2 ni sb bagi Mar, Mar tak arif pasal agama kecuali bab2 basic je. Takut dok excited share2 ni sekali bende tu tak btol pun..terus dapat dosa free.

P/S: Tak yah sebar kalo tak tahu kesahihannya



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat