Aku pun Kene Tipu gak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk entry kali ni Mar nak share serba sedikit pasal online business ni. Disebabkan perubahan masa, internet sekarang ni dah jadi mcm keperluan. Sama kes mcm kereta dan handphone..dulu barang2 ni mahal dan hanya org kaya je yg mampu pakai..tp masa kini sesengkek mana kita pun mesti ada kereta ataupun handphone. Dengan segala urusan dan pengetahuan dihujung jari kite, ramai yang mula menggunakan internet sebagai medium untuk memulakan perniagaan.

Internet ni mmg bagus kalau digunakan untuk tujuan kebaikan seperti berniaga ni..Cuma yang tak best bila ada yg cube ambil kesempatan dengan menipu org lain. Mar bukan sahaja buat jualan barang2 Hai-O seperti Marine Essence Beauty Bar, Shampoo and Body Wash, BBplus Collagen dan byklg..Dalam masa yg sama, Mar pn selalu la order memacam barang drp internet ni dan Alhamdulillah so far Mar tak pernah gagal untuk dapat barang yang Mar order.

Tapi baru-baru ni Mar dh terkena ngan peniaga pompuan berketurunan Melayu ni..huhu..mmgla pembelian Mar tu tak melibatkan ribuan ringgit cuma sekadar RM300+ tapi sebab Mar perlu sgt brg tu dan sebab tu la Mar agak terkilan. Mar order ngan minah ni 30 Okt lepas dan pttnya dalam seminggu leh dpt. Tapi bila tak dapat Mar mintakla penjelasan, time tu br dia bgtau Mar stok takde lagi..so takpela. Mar tnggu lagi, tp last week dia bgtau dh pos tapi bila minta no tracking tak diberi lak. Mar mula dah syak yg Mar dh kene tipu..Bila tanya minah tu tak gak reply..so mmg dh sah la Mar dh kene tipu..

Mar agak sedih diperlakukan mcm tu..pttnye bgla tau awal2 stok takde sb awal2 Mar bgtau Mar nak urgent. Kalo lmbt bgtau jela..tp bila ditanya baru nak bgtau. Tu kalo Mar tak tanye takdela nak bgtau tu..huhu..Alih2 pas sebulan order baru dpt..Memang asalnye Mar pasrah gak..Lagi sedih sb minah tu org Melayu saudara Islam kita. Mar pun slalu bgtau customer kalo stok takde atau stok lewat lg sampai. Mar tak mau kejar untung tp lebih kepada nk cr repeat customers dan juga kepercayaan dorang.


Mar harap sangat sesape yg buat business online ni..kene la jujur ngan customer..kalo tak reti business online gi la blajar dulu ngan orang lama dan orang yang berpengalaman. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat