#MH370

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini genap 5 hari sejak kehilangan pesawat MH370 yang membuat perjalanan drp KLIA ke Beijing. Uniknya kehilangan pesawat ini menjadi 1001 persoalan memandangkan pesawat hilang di dalam cerapan radar ketika berada di Laut China Selatan. Penumpang bagi pesawat ini terdiri daripada 14 warganegara yang berbeza dengan kebanyakkan penumpang adalah penduduk negara China.

Kehilangan pesawat yang cukup misteri ini telah membangkitkan ketidakpuashatian hati di kalangan waris-waris terutamatanya apabila waris2 bagi penumpang negara China apabila mereka tidak dan lambat dimaklumkan mengenai keadaan semasa. Namun semua itu tidak memudarkan hasrat Malaysia utk terus mencari pesawat berkenaan yang kini dibantu oleh pelbagai negara seperti Vietnam, Indonesia, Autralia,USA, Jepun, Thailand, India, Singapura, Filipina dan Brunei. Malah kawasan pencarian turut diperluas daripada Laut China Selatan dan kini merangkumi Selat Melaka.

Pelbagai tuduhan juga didakwa oleh pihak2 tertentu mengenai tatacara Malaysia mengendalikan kes ini. Bagi pendapat Mar yang pernah berkhidmat di kapal TLDM dan masih menyarung uniform TLDM ni, Mar tau betapa sukarnya pihak TLDM dan TUDM melakukan tugas Search and Rescue (SAR) di laut. Biarpun di mata orang lain yang melihat chart atau peta, kawasan yang diperuntukkan untuk rondaan nampak kecil tp sebenarnya tidak.

Mar agak marah juga bila ada press atau personnel yang mempersoalkan kebolehan tentera kita melaksanakan tugas SAR ni sb pada Mar mereka langsung tidak layak bersuara. Untuk mencari objek atau orang di laut luas itu bukan mudah..semuanya perlu pertolongan Allah S.W.T dan usaha keras krew kapal2 berkenaan. Keadaan laut dan arus serta cuaca yang tidak menentu boleh menjadi faktor2 kegagalan sesuatu operasi SAR.

Selain itu, disebabkan TLDM ada submarine, soalan berkenaan submarine asyik dibangkitkan apatah lagi apabila Singapura menghantar kapal penyelamat submarine. Yg menjadi kekesalan Mar ialah ceteknye ilmu warga Malaysia mengenai submarine dan submarine rescue vessel. Disebabkan hal ini TLDM menjadi bahan kutukan dan jenaka di dalam media sosial. Ini mencerminkan kepada dunia yang kite ni tak berilmu tp jadi nak jadi cerdik pandai.

Selepas tidak dijumpai beberapa hari, mula lak timbul bomoh2 yang terang-terangan melakukan perkara khurafat di KLIA dan sekali lagi dunia mengetawakan kita. Nama negara islam tapi bende khurafat depan mata dibiarkan. Pasti ada press dan kalangan org islam kat KLIA waktu kejadian berlaku tapi tiada sape berani menegah perkara berkenaan dan personally Mar sedih sb kita sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W sanggup melihat bende2 kurafat ini tanpa bertindak apa-apa. 

Kita tak patut tunggu kerajaan utk cegah benda2 ni..Time be nde2 cmni jadi nak soh kerajaan bertindak.Bila kes kehilangan pesawat MH370, kita lak pandai2 marah kerajaan, ckp macam2 sampai kait pasal politik. Really the 3rd world mind set.

Sepatutnya kita sama-sama berdoa kepada Allah dengan cara yang betul utk mohon petunjuk agar kesemua penumpang dijumpai samada hidup atau pn tidak. Jauhi la bende2 kurafat dan jgnla kita menyalahkan org lain dengan mengadakan mcm2 spekulasi. Ini semua mencerminkan keburukan negara kita kepada orang luar. Mohon kita sesama bermuhasabah diri.


P/S: Jerebu dan Kemarau pun tak settle lagi..So sambil doa2 tu, doala untuk musibah yang sedang melanda Malaysia dapat diselesaikan dengan izin dan zat daripada Allah S.W.T





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat