Zakat Pendapatan dan Cukai Pendapatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah sekian lama tak mengarang apa-apa ni, Mar nak tarik perhatian semua mengenai kewajipan bayar Zakat dan Cukai Pendapatan memandangkan tarikh tutup nak bayar cukai semakin hampir iaitu 30 Apr 14. Bagi mereka yang tidak tahu, setiap tahun bagi mereka yang ada peniagaan atau takde (makan gaji) perlu buat dan bayar cukai sekiranya lebih mengikut kiraan yang ditetapkan oleh LHDN. Tarikh tutup pembayaran adalah pada 30 Apr setiap tahun. Berikut Mar tunjukkan syarat2 dikenakan cukai:
- Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
- Leh rujuk kat website LHDN: http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=2
Sejak dah bekerja memang Mar dikenakan cukai so memang Mar memang dah ade akaun E-Filling. Salah satunya sebab serik untuk beratur panjang dan buang masa kat kaunter LHDN. Satu lagi kite leh buat anytime..tengah malam ke, pepagi ke, sebelum subuh ke sbb xde limit masa kalo guna E-Filling ni. So pada kengkawan kat luar sana tu, gunalah kemudahan internet ni sb sangat membantu kita yang selalu sibuk ni.
Selain kewajipan bayar cukai ni, Zakat pendapatan adalah lagi penting. Dengan kemudahan pembayaran secara bulanan melalui potongan gaji, Alhamdulillah dapat Mar laksanakan suruhan Allah yang satu ni. Ucapan terima kasih buat suami yang paksa Mar buat potongan Zakat walaupun time tu kami takde ikatan lagi. Bagi kengkawan terutama perempuan bujang ataupun dah kahwin, kewajipan zakat mesti dilaksanakan.
Bila potong zakat, kita boleh declare dalam E-Filling dan seterusnya boleh dapat rebate. Alhamdullillah, dah 4 tahun berturut-turut dapat rebate lebihan bayar cukai.
Bagi sesetangah orang kalau boleh semua nak kurangkan bayar samada zakat atau cukai. Bagi Mar better bayar lebih. Kalo zakat, utk topup balik kalo selama ni kite pernah tak bayar zakat atau bayar tak cukup, kalau lebih anggap je sedekah. Untuk cukai pn xpe bayar sekarang, jangan sampai bila berhenti kerja kena semak kita tak pernah bayar cukai..Time tu kalau dikire dari mula bekerja mau sampai 4-5 angka nak kene bayar balik.
Sebagai seorang Islam sememangnya tanggungjawab utama adalah Zakat namun sebagai rakyat Malaysia kita kene gak bayar Cukai. So jangan la buat lupe bayar k. Bagi sesiapa yang belum bayar, masih ada masa. Kalau tak reti guna E-Filling boleh mintak kengkawan ajar kan k..
P/S: Kita hidup ni kene balance dunia dan akhirat. :)

Ulasan
Catat Ulasan