Islam Perlu Kuasai Ekonomi Dunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk topik kali ni, Mar pilih atas beberapa faktor untuk kita sesama fikir dan bincangkan. Sepanjang Ramadhan lepas, bumi Gaza telah dihujani dengan bom dan pelbagai senjata oleh pihak Israel atas alasan kononnya mahu memusnahkan terowong bawah tanah milik pejuang Hamas. Rentetan daripada itu, bykla pihak dan negara bangun membantah tindakan terkutuk rejim Zionis ni tak kira bangsa mahupun agama. Bagi Mar, tindakan rejim Zionis ni tak saling tumpah macam apa yang Hitler buat. Selain daripada bantahan oleh negara2 seluruh dunia, tindakan boikot turut dilaksanakan bagi menekan rejim Zionis dan hampir sebulan lebih ni, tindakan berkenaan nampak berhasil.
Kembali kepada conteks negara Malaysia kita ni, gerakan memboikot produk2 yang direct menyumbang kepada Israel dipergiatkan selain daripada memberi sumbangan derma termasuk kewangan dan perubatan kepada penduduk Gaza.
Cuma apa yang Mar kesali adalah sikap segelintir orang ramai yang terlalu ekstrimis terhadap pekerja-pekerja syarikat yang mereka boikot ni. Ada yang sampai pecah cermin kereta (sb ade stiker company ni), meludah dan mencaci serta ada yang merosakkan harta benda syarikat ni. Bagi Mar nak boikot, cukupla sekadar kita dah tak beli produk tu, tak pelula nk buat tindakan ganas2 ni. Dan sekiranya ada yang terpaksa belilak, jgnla kita cakap bukan2 pada orang tu. Kita kene faham yang dah berpuluh tahun kita guna produk tu dan ia akan mengambil masa untuk kita cari ganti dan menyesuaikan diri dengan produk baru. Contohnya Milo, mmg ade pengganti lain tp kalo tekak leh terima Milo je cammane?
Tapi dalam orang dok boikot McD, Starbuck, Nestle dll ni, xdelak Mar dengar orang nk boikot Philips Morris (pengedar rokok). Philips Morris ni lagi la banyak menyumbang kepada Israel almost 20% or more manakala McD Malaysia hanya menyumbang jumlah jauh lebih kecil tp kempen memboikot McD lebih rancak drp nak boikot Phillips Morris ni. So di mana silapnya? Lagi best bila Mar jumpa gambar dalam FB, mamat ni dengan bagusnya hisap rokok sambil pakai sepanduk sokong Gaza. Dah terang2 majlis fatwa kata rokok tu haram tapi terang-terang buat gak. Kat sini Mar bukan nak backup McD ke ape tapi rasa mcm tak kena.
Lagipun bagi Mar kita umat Islam kena kuatkan ekonomi kita seperti zaman Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda sebab time tu Islam bukan sekadar kuasai ekonomi malah dari segi ilmu kita berada di hadapan. Namun bangsa Eropoh bijak, sb dorang tau umat Islam pandai mereka belajar kitab2 kita sampai translate kan kepada bahasa dorang. Akhirnya sekarang ilmu perubatan, ilmu persenjataan, ilmu astronomi semua nya dikuasai orang bukan Islam. Sekarang ni kita umat Islam perlu belajar balik bagaimana untuk maju dalam ilmu-ilmu ni supaya kejadiaan di Gaza tak berulang lagi. Disebabkan umat Islam sekarang tidak menguasai apa-apa ilmu, kita bagaikan dipijak-pijak oleh bangsa lain. Di Malaysia ni, TS Syed Mokhtar merupakan jutawan Islam dan beliau sedang mengembang pengaruh beliau dalam menguasai ekonomi di Malaysia. Harapnya ramai la lagi orang Islam mengikut jejak beliau dalam menaikkan nama orang Islam dari segi ekonomi.
P/S: Belajar la benda menafaat walaupun daripada musuh kita.
Ulasan
Catat Ulasan