My Second Convocation
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ini Mar just nak share pengalaman sepanjang Majlis Konvokesyen UTM ke-53 yang berlangsung pada 1 Nov 14 yang lalu. Bagi yang first time baca blog ni or lupa, Mar sebenarnya ambik Master dalam Engineering Business Management (EBM) dibawah Fakulti Razak and Advance Technology Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Asalnya Mar xdapat nk konvo kali ni disebabkan masalah yuran. Actually bukan masalah Mar pun memandangkan Mar under sponsorship. Patutnya masalah ni depa la yang uruskan tapi last2 nama ada gak untuk konvo dan menyebabkan Mar terpaksa dahulukan duit sendiri untuk memastikan dapat konvo kali ni. Nasibla pihak sponsor bagi jaminan akan refund balik duit yang Mar dah dahulukan.
Berbalik pada cerita hari konvo, memandangkan time degree dulu pun konvo kat UTM (Degree Engineering in Electrical and Electronic-2008) so Mar takde mempunyai masalah nak ke UTM mahupun kawasan sekitar kampus. Cumanya pasti ada perubahan kan samada dari segi jalan,infrastruktur dll. Sebaik sahaja dah settle hal yuran tertunggak dan yuran untuk konvo, Mar terus cari hotel yang berdekatan UTM through Agoda. Payah gak nak mencari sb bila decide nak cari homestay mmg sangat limited dan harga pun lebih kurang hotel. Hotel pun agak limited kat Skudai ni dan Mar pun malas nk cari hotel kt JB sb malas nk travel jauh memandangkan kena g awal pagi ke UTM pada 1 Nov 14 tu.
Akhirnya, Mar decide ambik hotel kat Pulai Spring Resort. Sangat calm and relax kat situ sb dalam club golf so everything is so greeny. Hihihi. Mar check in pada Khamis (30 Okt) bersama Mak dan Ikmal sb esoknya nak kena g rehersal while the rest of the family datang pada hari Jumaat (31 Okt). Ops..lupa nak bagi tau, yang kali ni Mar konvo tanpa suami kerana suami berada di Lubnan untuk tempoh setahun- Misi PBB.
Dipendekkan cerita, for PhD and Master holders majlis kami adalah pada 1 Nov 14 while for first degree dan diploma pada 2-3 Nov 14. Seramai hampir 1200 org pada hari Mar ambik termasuk 201 PhD. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Mar akhirnya dapatla segulung Ijazah ni. Berbaloi pengalaman belajar kali ni kerana pada kali ni la, Mar merasa belajar sambil memegang tanggungjawab sebagai isteri, bakal ibu (sb pregnant time belajar) dan ibu tanpa differ semester.
Sesungguhnya ini semua berkat doa suami dan mak ayah yang sentiasa membantu dan memberi semangat di saat-saat sukar Mar sepanjang belajar. Ini ada sedikit gmbr nak share untuk semua.
![]() |
| #ikmalrizqi - dalam perut lagi dah masuk universiti |
![]() |
| My Mom, Sister, Sister-In-Law, Son and Nephew |
![]() |
| Depan gate UTM |
P/S: Jangan berhenti menuntut ilmu.




Ulasan
Catat Ulasan