Bicara Perempuan: Pengalaman Sebaik-Baik Cikgu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ni just nak share sedikit pengalaman pahit yang pernah dilalui dulu. Sejak kecil, Mar ni bukanla mempunyai personaliti yang cekal hati malah sgt sensitif sebenarnya. Yg menjadikan Mar ni 'keras hati' adalah peristiwa di Tahun 6 semasa ditampar seorang budak lelaki yang tidak puas hati sb Mar ada sebut pasal dia dok couple dengan 2budak pompuan. At that time, seriously mmg tak faham pun istilah couple pn.
Since then, Mar agak anti lelaki especially lelaki yang jenis tak de nak tunjuk effort. Maybe sb Mar aim high, nak masuk universiti, nak kerja gaji besar dll sb Mar nak ubah kewangan family. Mar dibesarkan dalam keadaan yang agak susah. Pernahla merasa tak bawak duit ke sekolah, tak bermewah dengan permainan dan nak makan KFC time tu pun payah. Bila Mar dah masuk menegah, barula kewangan agak ok skit tapi priority still for my younger sister and brothers. So towards the end, Mar dah develop satu sikap iaitu 'tak nak bergantung pada orang lain'. Even dapat 8A waktu PMR pn Mar tak mintak apa-apa daripada parents. Isi borang nak masuk SBP (Sek Berasrama Penuh) pun senyap2 je.
Slowly from Form 1 until 5 tu, Mar mula 'keras hati'..kalo cakap ngan budak lelaki or perempuan spesis gedik-gedik ni mmg akan cakap kasar je. Pada masa yang sama, Mar develop very low self-esteem dalam bab-bab keperempuanan (especially bab kecantikan) walaupun hati ni nampak keras. I'm not that confident at that time tp skrg ni Mar rasa syukur gak sb ade sikap negatif tu, kalo tak mar pun akan terjadi mcm pompuan gedik yang takde kerja lain pikir pasal pakwe je. Bab-bab couple ni lagi la Mar anti sesangat sb time sekolah lagi dah menggatal padahal SPM tak lepas lagi, perjalanan hidup ni masih jauh dan matlamat hidup pun tak tercapai lagi. Jadi bila tengok budak zaman sekarang ni, Mar seriously tak faham dengan apa yang mereka ni nak achieve dalam hidup mereka.
Bila masuk ATMA, mmg lagi keras la hati ni..nama pun masuk askar, hati kenala cekal, tahan mental ngan pelbagai dugaan yang datang samada training mahupun belajar. Nak dipendekkan cerita time ni couple dan putus after 2 years. Bila dikenang, it's very funny bila one of the reason putus adalah sb I'm being too nice. Lawak gile dan cliche gile, jadi baik pun kena gak ke? After that, mmg hati ni sedih gile dan rase I'm being too naive to believe in first love will last. From one of my friends, my ex ada cakap yang Mar can get through this because I'm strong. Mmg lawak statement dia bila diingatkan skrang ni. That all happens in 2006.
Pengalaman 2006 tu really the turning point of my love life. Mar start semula untuk ignore semua perkara bab2 tu. Concentrating on study only and try to forget everything. If only I can talk to my former self, I will advise her to not involve in love until you finish your study. The pain even until now makes me regret of the stupid decision I've had made. Mmg betul kata orang tua, pengalaman tu mmg sebaik-baik cikgu. Pengalaman pahit tu mengajar Mar untuk mendahulukan apa yang lebih baik samada love@study. Love will find their way walaupun kita tak cari.
Jadi, nasihat pada adik-adik di luar sana, kejarla cita-cita anda dulu sblm nk kejar cinta ni. Lgpn Allah dah tetapkan jodoh kita so tak perlu risau nak cari-cari ni.
P/S: Kalo nak gak kejar cinta, kejarla cinta ALLAH. Sesunguhnya Dia sentiasa mencintai hamba-hambaNya dan takkan mengecewakan kita. :)
Ulasan
Catat Ulasan