Lenient or Strict Parents?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni Mar nak share pendapat mengenai isu kebebasan anak-anak. Should we be lenient or should we be strict as parents? Ini pendapat Mar dan kalau ada yang tak bersetuju terpulang la ye.
Sebenarnya benda ni dah lama jadi topik perbualan Mar dan suami walaupun sesama Ikmal tak dilahirkan lagi. Mar dibesarkan di dalam keadaan yang strict dimana ayah akan monitor ke mana sahaja kami pergi dan kami ada house rule iaitu ‘Anak-anak boleh berjalan bile mak ayah berjalan sekali’. Seingat Mar, Mar tak pernah ada peluang macam anak-anak zaman sekarang iaitu nak melepak di shopping mall besar2 walhal time Mar sekolah drp 1991-2001 Sogo tu dh wujud tapi tak sebanyak sekarang la. Opss lupa nak bagitau, sepanjang bersekolah Mar duduk KL kecuali 1998 (Kluang) dan 2000-2001 (Bukit Mertajam).
Mungkin disebabkan itu, parents Mar agak strict bab-bab keluar ni. The only time Mar spent ngan kawan-kawan adalah ketika di sekolah sahaja. Time tu takdela istilah nak lepak kedai mamak or kt shopping mall. Mar teringat house rule rumah Mar ‘kalo nak main diluar kena balik sebelum Maghrib’. Benda ni Mar pegang sampai nak dating pun sampai kul 7 mlm. Lebih daripada tu dating kt rumah je..hihi. Tapi Mar pernah bawak 2 lelaki je balik rumah. Yang first ex-bf dan yang kedua husband Mar sekarang.
Pada minggu lepas iaitu semasa cuti sekolah, ofis ada buat pertandingan bowling di Wangsa Walk disebelah petang. Mula-mula masuk pun dah nampak ramai kanak-kanak yang menegah mahupun yang sekolah rendah without their parents. Majoritinya bersama-sama kawan-kawan sebaya. Mar terpikir ‘Parents dorang ni tak risau ke?’ Parents tak pantau ke siapa mereka berkawan? Parents tak tengok ke cara mereka berpakaian? Sekarang ni macam-macam orang pelik terutama lelaki yang suka tgk budak-budak then culik then yang worst siap rogol. So we as parents should be cautious.
Mar sangat berterima kasih ngan parents Mar sebab strict ngan Mar selama ni walaupun waktu kecik-kecik mmg rasa tak adil apatah lagi kawan-kawan boleh pergi. Bila pandang anak sendiri, Mar rasa perlu juga didik ngan ketegasan sebab duduk KL ni banyak sangat anasir yang tak baik berbanding baik. Cthnya Mar pernah nampak budak isap gam dengan selamba nya di kedai berhadapan Times Square.
Pergaulan dengan kawan-kawan pun menjadi salah satu elemen yang membentuk perwatakan anak kita. Mar tak ramai kawan or should I say, I choose my friends. Mar lebih rela tak ramai kawan asalkan mereka ni jenis ‘berjenis’. Mar tak suka kawan-kawan yang takde vision, xde gol, xde fikir masa depan, jenis datang sekolah sekadar melepaskan batuk di tangga je. So, I really choose my friend. Xdela cari yang skema sgt pun tidak la tapi walaupun tahap kepandaian tak sama tapi janji jenis ada usaha then baru Mar akan jadi kawan. So honestly Mar mmg tak ramai kawan time sekolah.
Alhamdulillah, Mar berjaga ke tahap apa yang Mar nak. Mar berharap dapat menjadi parents yang dapat membentuk anak-anak soleh dan solehah Berjaya dunia dan akhirat. Mar juga harap parents di luar sana untuk sama-sama berfikir, kebebasan tanpa kawalan akan hanya merosakkan amanah yang diberikan kepada kita. Sama seperti kita sebagai hamba Allah ni. Diturunkan ke bumi ni dengan pelbagai peraturan yang perlu kita follow. Kalo Allah beri sepenuh kebebasan, apa akan jadi pada kita? Tak yang tgk jauh, cuba tgk rakan-rakan di US, Eropah dsb.
Ulasan
Catat Ulasan