My Passion : Final Fantasy XV
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena Final Fantasy XV yang akan launch pada 30 Nov 16, Mar nak sembang sikit pasal game ini. Bagi yang tak pernah baca blog ni, Mar memang suka game Final Fantasy ni sejak dulu lagi.. leh baca entry ni http://dirikudwe.blogspot.my/2015/07/my-passion-final-fantasy-games.html
Sebenarnya excited nak main game ni, sb last Mar main game ni kat consol Playstation adalah sebelum masuk ATMA. Wkt kat ATMA, xde chance nak main dan bila dh graduate, Mar hanya dapat main game Final Fantasy ni kat consol PSP shj. Miss the moment waktu main kat consol sebenarnya.
1. Paling Lama Nak Siap.
Bayangkan la, development dr tahun 2006. 2016 baru nak keluar.. lama gile. 10 tahun dan banyak kali trailer dia keluar. Maybe disebabkan FFXV ni bermotokan "Fantasy Based On Reality" sebab dorang ambik masa yang lama nak siap.
Salah satu sebab lama nak siap sebab dorang amik kira fans punya buah fikiran samada dari segi development of characters ataupun enviroment. Main story tak berubah. Bayangkan watak Noctis (watak utama) pun ntah berapa kali bertukar.
Kat bawah ni, karakter yang akan dimainkan oleh player. Karakter utama adalah Prince Noctis Lucis Caelum, bodyguard dia Gladious dan Ignis dan kawan sekolah Prompto. Nak tau story lain korang google la ye..hihi
![]() |
| From Left: Gladious, Noctis, Prompto and Ignis |
2. Banyak Perkara Yang Diwujudkan untuk support story dalam game ni.
a. Filem FFXV: Kingsglaive - Merupakan cerita sebelum story game bermula. So basically tengok filem ni akan lebih faham macam mana bermula cerita di dalam game ni. Korang takkan jumpa watak Noctis dalam filem ni tapi lebih kepada ayah dia iaitu King Regis.
Cuma Mar kesian pada sesiapa yang tengok movie ni tapi bukan fan Final Fantasy sebab confirm korang tak kan faham sebab banyak element ni semua ada dalam game FF yang sebelum ni. The movie move too fast for someone who non FF fans. Tapi bagi Mar, it give better understanding of the whole games.
![]() |
| FFXV: Kingsglaive. Prince Noctis and Nyx Ulric |
Seperti biasa, movie dia mmg cantik dan look almost real and very detail. Memang bagus dorang buat cuma tak tahu la kalo orang lain mungkin akan anggap movie ni dull sb depa tak faham bila tengok..hahahaha.
![]() |
| Father and Son: King Regis & Noctis |
b. FFXV Brotherhood - Kali ni, game ni ada 6 episod anime yang disiarkan sebelum game keluar. Menceritakan lebih kepada pertemuan antara Noctis dan kawan dia iaitu Gladio, Ignis dan Prompto. Leh tengok kat youtube je. Give better understanding of their relationships.
![]() |
| Jadi anime lak. First time FF ade own anime. |
c. FFXV Complete Guide Book - Ok yang ni serius Mar tak tahu yang rupanya sejak FF siri yang sebelum FFXV ni memang dorang ada keluarkan buku guide supaya player tak miss any mission yang patut dorang buat semasa game ni. Seperti yang Mar cerita sebelum ni, FF ni terkenal dengan misi-misi lain yang player boleh buat samada nak atau tidak tapi kalo tak buat player akan termiss benda-benda yang melengkapkan cerita FF ni. So Mar advice, better buat side mission ni..hihi. Buku ni kat Kinokuniya pun ada.
d. Special corak pada PS4 - Yang ni standard la, biasa game besar-besar ni memang PlayStation akan buat special bundle untuk fans macam Mar ni..hihi. Biasa harga murah skit dan kalo tak pun akan ada benda extra dorang bagi compare kalo beli asing-asing.
Excited kan? Hahaha. Mar tak sure la orang lan tapi bagi Mar memang excited nak tunggu. See all the hardwork yang dorang curahkan untuk projek ni.
PS: Watak Final Fantasy ni memang boleh buat jatuh cinta berkali-kali. Hihihi






Ulasan
Catat Ulasan