Umrahku 11 Dis 16 - 22 Dis 16
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Hari ni saya nak share trip kami sekeluarga
mengerjakan umrah pada 11 Dis - 22 Dis. Kami memilih travel agent Intipada dan perjalanan kami KLIA-Jeddah-Madinah-KLIA
(7 hari di Mekah dan 3 hari di Madinah). Sy dan anak, Ikmal (3 tahun 5 Bulan)
first time dtg sementara suami dah kali ke-3. Kali ni saya just nak share few
tips instead of telling a story bagi
mereka yang pertama kali atau dah lama tak pergi Bumi Mekah dan Madinah untuk
dibuat panduan semasa berada di sana.
Tips di Airport (KLIA-Jeddah-Madinah)
Mungkin
ramai yang sedia maklum bulan Dis ni musim sejuk dan musim cuti sekolah so mmg
saya jangkakan mmg ramai org terutama orang Malaysia. Tapi tak sangka rupanya jemaah negara lain pun ramai.
1. Contohnya flight sy memang penuh dgn
org Malaysia jadi datangla awal ke KLIA. Di Malaysia bertuah sb kita check in
sebagai satu group tapi kalo di Madinah (seperti kes saya) perlu check in
bagasi sorang2. Kalo berkerusi roda pn, Pak Arab tu soh gak kita dtg kt kaunter.
Untuk makluman, airport kt Madinah memang baru tapi kecik.
![]() |
| Kami pergi balik Malaysia naik Saudi Airlines (direct flight) |
2. Bagi yg terus ke Jeddah, digalakkan
untuk cepat2 cek in dan clear dengan kastam. Then sesiapa belum tukar ihram
(bagi lelaki sahaja) boleh buat bila dh berada di terminal pelepasan masing2.
Kat sini toilet tak ramai orang berbanding kawasan check in. So lebih selesa.
Yang penting kat sini always check in dan clearkan kastam sebelum nk buat
urusan lain melainkan korang dh pakai ihram kat rumah.
3. Sekiranya korang land di terminal
haji, Jeddah (terminal ni dikhaskan untuk haji tapi disebabkan ramai buat umrah
masa ni, so dorang guna terminal ni)--- kat sini xmcm airport KLIA memacam ada.
Kat Jeddah ade 3 terminal iaitu Domestic, International dan Terminal Haji. Kedai
pun very limited dan sekiranya korang tiba mcm kami (10.30pm) banyak kedai tak
buka. Beli la ape2 untuk alas perut. Time ni mmg salah kami sb tak beli ape2
kerana fikirkan bas dah menunggu. Rupa-rupanya kami yang menunggu hampir 1 jam
setengah sebelum bas sampai.
4. Biasanya dorang ok je ngan orang
Malaysia sb kita ni beradab skit dan kekadang Jemaah Malaysia diberi kelebihan
utk clear kastam walaupun Jemaah negara lain sampai dulu.
5. Urusan pasport di Jeddah dan Madinah
ambik masa yang lama. So kena banyak sabar dan tgk je la perangai Pak Arab tu
sebab dorang suka buat leka/relax,
![]() |
| KLIA-JEDDAH |
Tips beli SimCard
![]() |
| Taif: Nasi Arab SR100 satu dulang |
1. Jualan black market harga SR40-SR100
tapi kalo beli dekat kaunter rasmi murah je dlm SR28 untuk package umrah 14
hari tp memerlukan passport utk beli. Jgn tertipu bila ada org kata simcard
SR50 tp untuk internet kena tambah SR100..tu semua nak bohong korang je..Nasib
suami tak kena sebab saya ade kat situ dan adala knowledge skit. Setiap simcard
ni ada voice and data/internet cuma harga bagi data/internet yang digunakan
berbanding yg ditawarkan tu berbeza. Biasanya simcard biasa ni charge internet
dia mahal skit. So solution dia, korang beli je simcard black market tu, tp jgn
sentiasa on mobile data, bila tak guna off. Kalo hotel ade wifi, on wifi je.
Tips di Masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
![]() |
| Tanaim : Last Umrah |
1. Biasanya hari Jumaat time Subuh akan buat Sujud Sajadah (Slps Al-Fatihah Imam akan baca surah As-Sajadah, then sujud, baca doa sujud sajadah dan berdiri semula utk sambung bacaan solat).
![]() |
| My last Subuh here. Terima kasih pada suami sb jagakan Ikmal..Alhamdulillah time ni dpt gak solat di Hijir Ismail. |
2. Subuh tak baca doa qunut.
![]() |
| Stesen air zam-zam |
3. Solat fardhu biasanya dibuat selepas 15 minit azan. Kalo hotel dekat, boleh lagi datang waktu azan tu cuma mungkin solat kat tempat tak de karpet. So better bwk sejadah kecik.
![]() |
| Hotel kami di Madinah..di Mekah xsempat ambik gmbr |
4. Kebiasaannya akan ada solat jenazah setiap kali solat fardhu..sebaiknya join sb pahala sebesar Bukit Uhud tu..
5. Tak tahu kenapa bila berada disini, ramai jemaah (tak semestinya org Malaysia) suka solat tempat laluan masuk. Dorang sanggup depan muka pintu masuk tu la nk solat, xkesah org tolak ke..orang pijak ke...blom kira yg org dok wheelchair depan laluan masuk nk ruang solat perempuan.Jadi korang cubala meloloskan diri ke bhgn belakang2, biasanya kosong.
![]() |
| Cth jemaah yg suka solat kat ruang nak masuk. Utk makluman sebelah depan adalah saf utk lelaki manakala dlm pagar utk perempuan. Unfortunately dorang ni orang Malaysia gak |
![]() |
| Cth: group utk dielakkan. takut kena rempuh apatah lagi tengah dukung ikmal |
7. Disana ramai yang suka sedekah makanan (coklat, kurma, kacang) terutama pada anak2 kecil. Sebaiknya terima sahaja walaupun anak kita tak makan.
8. Untuk solat Jumaat, dtg awal 2 jam sblm zohor..tp time musim ramai mcm sy ni..at least 3 jam.
![]() |
| Jangan sangka time Subuh tak ramai orang.. |
4. Cuaca di Madinah sejuk, kalo kena angin dia mmg lagi sejuk. Kena bwk baju sejuk dan kalo anda tak tahan sejuk mcm sy (air-cond pun tak tahan) better bwk glove musim sejuk..sangat membantu.
![]() |
| Beli glove RM5.30 di Daiso je,..cukup membantu |
Tips di Hotel Mekah dan Madinah
1.
Tidak
disediakan heater. This is big disaster for us sb kami ingat ada dan suami ckp
pn ade based on experience dia dtg pada 2015 (Kami duduk hotel lain kali ni).
Bila sampai hotel di Mekah, sy dh tepuk dahi tgk heater xde. Sy ada masa 1 jam
je untuk rehat sebelum masuk masjid utk melaksanakan umrah pertama. Air panas
ade disediakan di café tp sy xde thermos..huhu..sb tak bwk gak..Cuma bernasib
baik sb bwk Avent heater beg utk letak susu siap dibancuh tp x mencukupi. Di
Madinah, kebetulan ade Jemaah sebelum ni tinggal heater dibilik, so xde la
masalah bab air panas.
2.
Sy
mula memasuki masjid kul 4 pg, tawaf di bhgn atas disebabkan ade Jemaah berkerusi
roda (time ni dorang tak bagi kerusi roda tawaf bawah), hanya sempat buat 3
tawaf then berhenti untuk solat Subuh (5.20 pg), pastu sambung utk Saei dan
selesai around 8.45 pg.Dah selesai kami pergi Safwa Tower utk makan di
kedai Felda. Roti Telur harga SR6, mahal tapi Ikmal dh suka so beli tanpa
banyak soal. Aritu gak cari tumbler utk isi air panas dan tiap kali g masjid
mmg sy akan buat siap2 2 susu dan simpan dlm Avent heater beg.
3.
So
conclusion dia, bwk la heater atau Tumbler utk ade stok air panas.
Tips Barang Keperluan/Cenderahati di
Mekah dan Madinah
1.
Bagi
sesiapa yg bwk anak kecil dan kehabisan susu, di Madinah mudah nk cari jenama
seperti Pediasure, GainKids, dll di farmasi Nahdi. Mcm sy, susu anak tak cukup tapi
nak beli di Madinah cm suami tak sarankan. Terpaksa beli Nestle walaupun anak
minum Pediasure. Bila sampai Madinah, mmg ada dan harga sama dengan di
Malaysia..Kalo di sini RM80 kat sana SR80 tapi sekarang mahalla sebab ringgit
dh jatuh.
2.
Barang
cenderahati seperti Jubah, kurma, kacang lebih murah di Madinah dan boleh tawar
menawar. Di Mekah agak mahal terutama di Safwa tower atau Menara jam..tp kalo
kedai lorong2 belakang ade gak murah. Pak Arab ni majoriti leh cakap Bahasa Melayu
even kat farmasi pun, so jgn takut nak cakap k.
![]() |
| Salah satu tempat shopping di Madinah. |
3.
Kalo
sesiapa nk beli barang buatan Madinah sendiri, better beli di
MadinahMade..kedai berhadapan pintu masuk (pintu King Fahd) Masjid Nabawi.
Sejadah, Kurma dan lain2 100% buatan Madinah. Sejadah paling murah SR30 tapi
kalo buatan tangan org Madinah boleh sampai SR120. Saya sempat beli 2 set
sejadah (ada 2 dlm satu set) corak sejadah Masjid Nabawi. Satu warna merah
(kwsn masjid nabawi selain raudhah) dan satu warna hijau (kwsn Raudhah). Satu
beli utk diri sendiri dan satu lagi bagi mak ayah. Nk tanamkan perasan rindu
tiap kali solat di sejadah tersebut.
![]() |
| Ni set sejadah yg sy beli 100% handmade buatan Madinah |
Last but not least, sy share few gambar semasa kami berada di Bumi Mekah dan Madinah
![]() |
| Done our first tawaf..heading to saei |
![]() |
| Ikmal dh botak |
![]() |
| Last Tawaf..tawaf wada |
![]() |
| Last nigh here: Mekah |
![]() |
| Madinah: Lawatan ke Bukit Magnet |
![]() |
| Madinah: Mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat Baginda |
![]() |
| Masjid Quba: Solat 2 rakaat dengan berwuduk dr tempat tinggal bersamaan pahala 1 kali mengerjakan umrah |
![]() |
| Airport Madinah: Baru tp agak kecil |
Kesimpulannya. kalo diberi kesempatan lagi saya
akan tetap turun di Mekah terlebih dahulu berbanding Madinah sb saya nk
settlekan ibadah-ibadah yang saya nak buat terlebih dahulu sebelum shopping di
Madinah. Supaya hati tenang ketika shopping sb kita dah selesai untuk beribadah
terutama umrah.
Sesungguhnya perjalanan umrah saya pertama kali ni menempuhi pelbagai dugaan samada sebelum mahupun semasa tiba di Tanah Haram tapi sy tetap bersyukur kerana dapat mengerjakan umrah dan ibadah dan keseronokan itu yg sy rindukan sehingga sekarang..rindukan perasaan seronoknya utk beribadah.
Saya sentiasa berdoa agar kami sekeluarga dapat lagi menjadi tetamu Allah dan Rasul kerana kali ni saya nak bawak mak dan ayah saya ke sana. Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga.
























Ulasan
Catat Ulasan