Vienna-Prague-Budapest-Bratislava-Vienna: Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni Mar nak share pengalaman latest trip ke negara-negara yang kurang dilawati oleh Muslim mahupun Malaysian. It is a very interesting experience disebabkan trip kali ini hanya berdua dengan adik ipar. In fact, mmg idea adik ipar yang ke sana so kebanyakkan perancangan trip kali ni dibuat oleh dia. Mar jadi follower je time ni. Pada masa yang sama, suami tak ikut disebabkan kekangan kerja dan Mar pulak time trip ni baru 14 minggu pregnant.

So secara mudahnya trip kali ni = Pregnant + Berdua shj + Backpackers

Tarikh Trip: 17 Nov 18-27 Nov 18 (10 hari)

Perbelanjaan kasar:

 - Tiket Flight pergi balik - RM3200 seorang
 - Hotel/Hostel (Prague, Budapest dan Vienna) - RM1200 share
 - Tiket Train/Trem/Makan/Expenses lain sepanjang trip: €500 seorang

KLIA2-Changi, Singapore-Zurich, Switzerland-Vienna, Austria-Prague, Rep. Czech (17 - 18 Nov 18)

Panjangkan perjalanan..hahaha.Ok, tarik nafas dan slowly baca ya.

17 Nov (Sabtu) 
Flight dari KLIA 2 ke Changi, Singapore (1st Transit) menggunakan JetStar. Naik jam 2115H dan sampai sejam kemudian 2230H. Sampai di Terminal 4 dan kemudiannya bergerak ke Terminal 2. Time ni sky train rosak dan terpaksa jalan laju sb nak print next tiket lak. Sebab next flight kami jam 0030H so roughly kami ada 1 1/2 jam je untuk settlekan semua benda. Luggage tak perlu risau sebab diuruskan oleh airport so tunngu collect di Vienna je nanti.



Selepas dah dapat 2 x tiket Swiss Airlines (Changi-Zurich) dan Swiss Airlines (Zurich-Vienna) baru lega. Alhamdulillah 2nd transit dan ada tiket dan tiket last ke Vienna pun dapat sekali so xperlu la nak pening kepala cari kaunter tiket transit bila dah sampai Zurich nanti.

Both ticket dah dapat
 Setelah dah cek in dan masuk flight, kami seat paling last iaitu 52. Jauh betul ke belakang. Tapi kami mmg rasa dorang letakkan kami kat belakang sb memudahkan pramugari yang nak serve kami. Di Swiss Airlines ada option halal food dan 2 org sebelah kami (indian) pun makan vegetarian so ini mungkin arrangement airlines. So far journey ke Zurich amik masa 12 jam 30 minit dengan 2 kali makan. Sampai di Zurich jam 6.15 pagi (waktu Zurich, tolak 7 jam waktu Malaysia).

Menu Card dalam Swiss Airlines

Cheese tu dapat waktu mkn malam manakala coklat tu waktu last meal sebagai complimentary. Time ni amik satu je padahal boleh amik lebih..hahaha
18 Nov (Ahad)
Bila sampai di Zurich International Airport, kami ada sejam sahaja masa nak catch up flight ke Vienna. Masing-masing first time di airport ni, dan worst case next terminal jauh dan amik masa untuk sampai. Kat sini baru cek kastam dan makcik kastam ni ramah sangat la pulak. Lama diinterviewnya adik ipar. Adik ipar leh cakap german sb pernah belajar kat sana so memacam dia tanya. Nasib la next flight tiket dah ada, kalau tak memang terlepas flight. Dengan tiket ditangan pun, kami sampai just in time di gate. Selepas kami naik je. dah announce utk final call.huhu.

Flight to Vienna amik masa 1 jam setengah shj dan sampai di Vienna jam 8.30 pagi. Dalam flight dijamukan dengan croissant, juice dan coklat swiss airlines. Simple tapi kenyang untuk sarapan pagi kami.

Breakfast

View dari aircraft. Kami duduk sebelah kiri. Yang duduk sebelah kanan lebih menarik sb boleh nampak banjaran Alps.

Kami tiba di Vienna International Airport jam 8.30 pagi. Saiz airport ni kecik je lebih kurang saiz Aiport KK. Urusan bagasi pun xlama. Next stop kami ke Wien Hbf menggunakan train. Wien Hbf ala-ala KL Sentral di Vienna ni. Kami tidak bermalam disini sebab nak teruskan perjalanan ke Prague, Republic Czech dulu. 

Tiket dari Vienna Airport ke Wien Hbf

Disebabkan kami tiba di Vienna pada hari Ahad, kebanyakkan kedai tutup kecuali kedai makan dan ini menyukarkan kami yang mulanya nk beli simcard yg boleh pakai di ketiga-tiga negara yang nak kami lawati. Bila tak dapat beli, mmg bergantung ke Wifi yang available je di Wien Hbf ni. 



First thing nak beli adalah tiket ke Prague dan malangnya tiket yang paling murah adik ipar search sebelum dtg sini dah habis. Mar blank gak awal-awal sb satunya tak prepare apa2 dan x research apa pasal trip kali ni. Tapi kami cari port jap sambil jari jemari cuba mencari solution guna google. Tiket yang available kt kaunter/machine berharga €66 seorang, so mmg tak la nak belikan..mahal. Berkat nasihat Google, Mar install apps EuroGO dan dapat beli tiket Wein Hbf-Breclav-Praha/Prague (org2 sini tak panggil Prague tp Praha) jam 2 ptg dengan harga €14 seorang.

Problem tiket settle dan time ni kami buang masa sikit, lepak2 dan makan di McD berdekatan. Kami makan FilletOFish je pun sb lain x boleh makan..hahaha.

Sampai masanya, kami naik train tp ditakdirkan train ni lambat berlepas dan bila kami tiba di Breclav (disini kami perlu tukar train), next train kami dah terlepas. Kat sini memang nak language barrier sb train assistant tak fasih english dan stesen ni mmg stesen kampung dengan xde escalator so boleh bayangkan kami nak usung beg 21" turun naik tangga..huhu. Next train kami jam 4.30 ptg dan perjalanan ke Praha selama 3 jam.

Dalam train ni ada reserve seat tapi sistem dia berbeza dengan Jepun. Kalau Jepun, ada couch biasanya dikhaskan untuk reserve seat dan ada couch untuk non-reserve seat. So senang nak tgk. Train ni xde cuma ada indicator di atas seat dan kami pun tak berapa faham how the sistem work. Sepanjang 3 jam perjalanan, 2 kali kena bangun sebab seat kami tu ada org claim sebagai reserve seat. Dah la seat ke-2 kami tu pn di offer oleh 2 Czech gentleman (early 20th kot) yang baik hati offer seat dorang, alih sekejap gak kami duduk sebab reserve seat org lain. Untuk sejam terakhir kami terpaksa berdiri dan seriously time ni Mar dah agak exhausted..huhu

Jam 7.30 malam kami sampai di Praha. Pada mulanya nak tukar duit Czech Koruna di stesen keretapi tapi kami dapat info Mr Google yg bagitau perkhidmatan trem xde disebabkan kerja-kerja pembaikan dan didapati berita tu tak betul. huhuhu. Rupanya perkhidmatan trem ok dan kami xleh naik sb masih x tukar duit. So berjalan la kami ke Hostel kami..dalam 8 mlm kami sampai Hostel tp yang lagi best bilik kami tingkat 3 tapi TIADA LIFT.  Time ni Mar mmg rasa sangat letih, penat dan mula rasa nak marah. Dengan facilities berada di luar bilik (di aras yang sama) walaupun bilik besar (in fact, bilik ni la paling besar kami dapat sepanjang trip ni), mula rasa sgt2 exhausted. Nk mandi pun malas, terus je tido dan end up kaki kiri cramp. Hahaha..so habisla hari yang penat sb mengangkut beg sana sini.

Train dari Wein Hbf-Breclav
19 Nov (Isnin)
Walaupun semalam hari yang memenatkan bagi Mar, pagi ni dihadiahkan Allah dengan salji yang turun di pagi hari. Terus sejuk je hati untuk meneruskan trip ni..hihi.


Vew dari bilik kami. Salji di pagi hari


Sarapan Pagi: Roti Gardenier dan dan Mushroom Sup + Holicks


Hostel Kami-Wifi ok dan Facilities sperti Kitchen dan Bilik Air yang baik
Today destination adalah Prague Castle via Old Castle Stairs..kami ikut laluan bertentangan ngan Tourist. Masuk pinda belakang Prague Castle.

Prague Castle. Depan tu depa baru nk buat Christmas Market, kalo time biasa kawasan ni kosong je



Dalam Prague Castle ni byk lagi castle dan cathideral yang ada. Larat kaki melangkah so layan kan je
Time ni masih salji turun so hoods on
On the way ke Old Castle Stairs
Penat naik tangga tapi view mmg worth it. Kalo cuaca terang mmg cantik gambar. BTW salji masih turun time ni

Next Stop Charles Bridges

View di Charles Bridge

Prague Castle from Charles Bridges

Next Old Town Square. Kat sini mmg byk banggunan yang menarik. Sejarah depa pun menarik tp korang google la ya. Lagi panjang entry kali ni kalo Mar tulis.

Astronomical Clock and a cup of hot chocolate. 

Tak termasuk dalam plan tp terjumpa..hahaha

View di Old Town Square


Municipal House

Municipal House



Tyn Church di Old Town Square

Tyn Church
Dancing Building

Dalam Subway tapi x ingat stesen mana. Hahaha


Lunch: Turkish Dish (HALAL). Kedai ni kami terjumpa waktu nak ke Old Time Square. Perut dah lapar so belasah je la.
Selepas habis ronda2, kami balik bilik dalam around 4 ptg tp time ni dah malam sb winter..Siang pendek. So malam kami lepak bilik je. Nak berjalan malam2 dengan kesejukan diluar boleh mencecah -1 C so baik dok bilik..hahahaha

20 Nov (Selasa)

Hari ni kami tak keluar awal sb nak terus cek out. Mlm ni kami akan naik bus ke Budapest. Setelah breakfast dan settle down, kami teruskan perjalanan ke Florenc.

First thing kami ke Florenc untuk simpan luggage (70 krac-yang penting simpan slip dan hanya bayar setelah amik beg). BTW kami dah beli tiket ke Budapest semalam so tunggu je la nak naik. Kami settekan mana lagi yang tak pergi mcm Rudolfnium, St James Church, Old Town Square, Republic Czech Islamic Center and Florenc.




Waktu di Florenc, kami buat last minute shopping. Kat sini ada pasaraya so beli la ape patut. Adik ipar ade la beli kek made in Czech ni kami Mar time ni blank xtau nak beli apa. Last2 beli makanan mcm coklat dan buah. Buah-buahan dan sayur kt sini timbang sendiri dan lekat harga sendiri dan plastik utk bawak balik brg2 xdisediakan. Ada gak mesin untuk redeem botol kaca kosong yang dibayar dalam bentuk duit (slip) yang boleh digunakan dipasaraya tu. Kat sini normal dorang beli brg pastu masukkan sendiri dlm beg sendiri. Xde beg, kena beli beg kertas. No plastik.

Key Point:
- Walaupun kami xde simcard tp kemudahan wifi agak mudah. Disebabkan Starbuck dan Coffee House sgt byk kt sini, so korang leh login je tanpa perlu beli secawan kopi pun. 
- Sediakan duit syiling byk2 sb nk beli tiket keretapi/subway/trem pakai syiling. Sistem dia pakai 24 krac utk 15 minit perjalanan. Kami byk pakai tiket ni je sb lebih byk jalan dari naik train. Kalau korang nak tipu ikut masing2 punya integriti la ye sebab sepanjang ada kat sini, xde org cek.

Setakat ini dulu Mar share, next sambung lagi ye sebab tak nak entry terlalu panjang.

~End of Part 1




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat