Pengalaman: Taska Branded VS Taska NonBranded


Hari ni nak share my personal view about Taska based on perkembangan my son, #muhammadikmalrizqi
So far, hantar #ikmal ke 2 jenis Taska sepanjang dia berumur 4-6 tahun.

Taska A (waktu umur 4 tahun-5 thn)
-       Taska yang xde brand
-       Reason of choosing: - Nearest to home, nak bagi ikmal berkawan (anak sorang time ni)
-       Kos Pendaftaran: RM 800-900
-       Kos Bulanan: RM250 including daycare
-       Pengisian pembelajaran:
o   Waktu hantar time pagi – sesi baca iqra
o   Pagi: Kelas
o   Tghari: Tido
o   Ptg: Kelas Agama (Cara sembahyang, hafal surah dll)
o   Sementara tunggu parent ambil: layan movie/youtube kat big screen.
o   Rabu: Aktiviti pengakap tp pagi2 still akan baca iqra terlebih dahulu
o   Homework akan diberi semasa cuti sekolah
-       Kebaikan/Kekurangan
o   Tiada pengisian spesifik sepanjang cuti sekolah.
o   Tak sampai sebulan, #ikmal dah boleh tak bawak botol susu dan dalam masa 2 bulan, dah takde kes terkencing sb lupa nak bgtau/xbangun semasa tido.
o   Boleh membaca bacaan solat dengan lancar (suara kuat)
o   Ketika 5 tahun, mmg cikgu focus bab membaca dan juga mengira. Siap ada homework.
o   Tiada penekanan ketara untuk bahasa inggeris.

Taska B (waktu 5-6 tahun)
-       Branded Taska
-       Reason of choosing: - Nearest to home
-       Kos Pendaftaran: RM 1200-1600
-       Kos Bulanan: RM400 including daycare
-       Kos Extra Kelas Tambahan (Memanah dan Iqra) sebulan: RM 100
-       Pengisian pembelajaran
o   Pagi: Kelas
o   Tghari: Tido
o   Ptg: Daycare/Kelas Tambahan yg parents subscribed
o   Sementara tunggu parent ambil: layan movie/youtube kat big screen/main kawasan dalam taska.
o   Cuti sekolah disediakan program untuk kanak2 samada untuk taska/day care.
o   Rabu: Aktiviti sukan/lawatan/sains 

-       Kebaikan/Kekurangan
o   Penekanan dalam bahasa inggeris.
o   Penekanan kearah motor skill kanak2.
o   Pengisian yang spesifik semasa cuti sekolah.
o   Tiada homework terutama untuk cuti sekolah.
o   Penekanan kepada doa2 mudah dan agama.
o  Kelas di pagi hari sahaja. Ptg: daycare

Based on simple explanation di atas, kalo ikutkan lebih prefer kepada Taska A sb faktor penekanan terhadap penguasaan bahasa untuk #ikmal boleh belajar di Darjah 1 nanti. Tapi apakan daya sb terpaksa berpindah rumah. Tak berkira sangat pasal harga/brand ni tapi lebih harapkan hasil. Yang paling saya suka di Taska A dimana pengajian Iqra wajib setiap hari. Time 5 tahun #ikmal dah sampai Iqra buku 2, bila masuk Taska B guna buku iqra lain, dan ikmal agak slow (saya expect dia dah boleh baca surah mcm muqadam) so sy terpaksa amik kelas tambahan Iqra.

Secara overall saya tetap berpuas hati dengan Taska B. Mungkin saya ngan suami kena usaha lebih @rajin dalam memastikan sekurang-kurangnya waktu #ikmal di Darjah 1, dia dah boleh baca muqadam dan Al-Quran.


PS: Taska Branded x semestinya menjanjikan hasil yang kita inginkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat