Review: Final Fantasy VII Remake
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak buat review pasal game Final Fantasy VII Remake yang dilaunch pada 10 Apr 20. Walaupun pada perancangan asal patut lebih awal tapi team nak alter few things so dorang delay launch. Game ni muncul pada masa yang sesuai di mana ketika ni Malaysia dan kebanyakkan negara tengah lockdown disebabkan pandemik Covid-19. So sale dorang sangat la boost up sebab orang tak leh keluar rumah dan majoriti mengisi masa dengan main game. Unlucky for me, sebab tergolong dalam kumpulan frontliner so terpaksa la kerja sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
So, nak dijadikan cerita memang game ni sangatlah ditunggu bagi fanatic fan macam saya ni. Tangan ni gatal je nak beli yang digital copy tapi disebabkan saya lebih suka physical copy so terpaksa la tunggu. By the time game ni dah boleh main, ramaila share mcm2 so terpaksa la tahan diri daripada tengok semua tu sebab sendiri punya tak sampai lagi 😌
| Deluxe Edition |
So dipendekkan cerita, saya dah habis main game ni dalam normal mode dan tinggal few chapter untuk hard model dan dapatkan 3 trophy untuk completekan game ni (Baru 110 jam 😝😝😝). Ni pandangan ringkas saya untuk game ni:
1. Hanya merangkumi 1/4 daripada total story Final Fantasy VII Original (simplified as OG).
- Yang ni memang well known sebab dah diberitahu awal. Bagi yang pernah main OG, jalan cerita sebenar utk game ni masih panjang tapi itu tak bermakna game ni tak menarik. Game ni lebih detail mengenai bandar Midgar dan the darkside of Shinra company. Banyak tempat yang dulunya xboleh diaccess boleh diteroka dan banyak side game yang available.
2. Grafik yang tidak mengecewakan.
Bab ni team Final Fantasy memang tak pernah mengecewakan. Setiap karakter mempunyai mimik muka yang sangat real dan tak mungkin untuk tidak jatuh cinta ngan watak-watak ni 😜😜😜. Walaupun ada je gamers yang complain tapi bagi saya ia dah cukup cantik. Really love the expression of each character especially Cloud..Hihihi.
3. Aerith or Tifa
Hubungan antara Cloud dan Tifa serta Aerith sesuatu yang tidak boleh untuk tidak dibincangkan. Dalam FF yang lain watak Hero dan Heroin adalah obvious tp utk FFVII ni agak unik sebab kedua-dua ni boleh jadi calon girlfriend pada Cloud. Tifa, rakan sekampung Cloud tak pernah rapat ngan Cloud ketika kecil sebab Cloud rasa dia special dan xboleh masuk geng Tifa. Cuma scene dimana sebelum Cloud nak pergi Midgar dan jumpa Tifa di tangki air buat ramai orang rasa Cloud memang suka Tifa. Saya fikir lain sikit, sebab Could ada perasaan nak jadi hebat macam Sephiroth, so dia bagitau Tifa (yang mmg hebat sebab ketua geng2 budak) cita-cita dia. Selepas jumpa balik di Midgar, then baru nampak hubungan mereka blooming dan dalam FFVII remake ni nampak lebih lagi.
Dengan Aerith pulak, disebabkan dia jenis happy go lucky padahal dia menyimpankan pelbagai perasaan dalam hati (last of her clan), dia nampak lebih open dengan Cloud yang agak moody dan non people friendly dan diakhirnya Cloud boleh berinteraksi lebih baik dengan orang dengan adanya Aerith. Perubahan Cloud dari awal ke akhir game tu yang buat saya rasa chemistry mereka sangat baik.
Saya tidak membenci Tifa. She is bad-ass as fighter. Fighting skill dia memang terbaik la. Dalam OG saya tak berasa suka guna Tifa bila lawan tapi kali ni memang nampak effort dorang untuk jadikan Tifa sebagai antara fighter yang hebat. Hubungan Tifa dan Cloud lebih progressing setelah Cloud kenal Aerith dan kematian Aerith menyebabkan kedua-duanya faham perasaan masing-masing dan berusaha untuk menjadi hubungan yang intim.
So both girls is important to Cloud 😊😊😊
4. Watak-watak minor diberi booster.
Dalam OG, watak seperti Jessie, Biggs dan Wedge tidak diberi penekanan tp dalam FFVII Remake ini, mereka diberi penekanan dan peranan yang lebih jelas. Maybe sb dalam OG dorang terpaksa compress cerita (atas kekangan teknologi pada masa tu). Kali ni mereka boleh diberi banyak ruang disebabkan kali ni center of story di Midgar.
Selain itu watak Reno, Rude dan even Rufus pun diberi booster yang sangat best. (PS: tak sangka Rufus so 😃😃😃😃)
5. Mungkin mengelirukan bagi gamers baru.
Bagi mereka yang tak pernah main OG, maybe akan confuse akan jalan cerita game ni so dinasihatkan better main OG dulu sebelum main game ni.
6. Mengelirukan gamer lama (Spoiler Alert, mohon skip kalo tak nak tahu..hihihi)
Gamers lama pun confuse gak..hahaha..sebab ade element baru dalam game ni yang tak pernah wujud dalam OG. Cth: kewujudan Whispers yang dikatakan bertujuan memastikan segala yang ditakdirkan perlu berlaku, so contoh waktu Barret ditembak Presiden Shinra, Whispers bertindak untuk selamatkan dia sebab kematian Barret tak berlaku pada waktu tu.
Dichapter akhir pun, di fight terakhir ketika melawatkan 3x Whispers yang seakan Kadaaj, Looz dan Luz tu dan scene dimana Zack masih hidup dan membawa Cloud yang tidak sedarkan diri ke Midgar menyebabkan pelbagai teori muncul. Teori yang paling banyak org katakan adalah FFVII Remake ni berada dalam dunia selari yang lain dari OG. So dengan kata lain, next part mungkin story dia akan berbeza dan ada kemungkinan untuk jumpa Zack balik dan kemungkinan Aerith juga tidak dibunuh oleh Sephiroth.
Waktu main OG dulu, kematian Aerith paling mengejutkan sebab tak pernah main game dimana major character mati in the middle of games. Kematian Aerith memberi kesan kepada Could dan push dia untuk percaya yang dia tidak mampu untuk selamatkan orang keliling dia. Perasaan Could yang still rasa bersalah dan terbawa2 perasaan tu hingga dalam movie FFVII Advcent Children. By the end of the movie, barulah Cloud move on dan terima bahawa dia tidak boleh terus menyalahkan diri sendiri dan menyendiri serta mengabaikan kawan-kawan yang ada disekeliling dia.
Kesimpulan.
Game ni wajar diberi thumb up yang extra sebab story yang best walaupun dengan sedikit alteration berbanding OG. Tak sabar nak tunggu kesinambungan game ni dan harap team tak ambik masa yang lama untuk siapkan untuk orang-orang lama macam saya untuk main. Majoriti yang main game ni di usia 30-40 thn sebab game ni 20 tahun lepas..huhuhu
Ulasan
Catat Ulasan