Ladies Hantu Kartun/Komik..Sesuai ker?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kartun, komik, anime, manga dan games cukup sinonim dengan lelaki. Minat mereka yang mendalam ni kekadang terbawak sampai ke tua. Ada yang suka sgt ngan karektor kartun/anime ni sampai berabis duit beli macam-macam. Siap cat kete pun ada. Tu la namanya lain orang lain ragamnya.

Tapi bagaimana pula ngan perempuan yang minat semua ni?




Mungkin peratusannya kecil dan beransur hilang apabila keluarga sendiri menjadi semakin banyak dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam menguruskan hal rumah tangga. Mar masih ingat kartun kegilaan Mar adalah Dragon Ball..dulu baca kat umah jiran namun bile dah masuk Tingkatan 2, Mar mula kumpul koleksi Dragon Ball (simpan duit belanja sekolah) start dari jilid 28 sampai 43. Nak minta duit mak ayah mmg xdela, so kenela simpan duit skit2. Time tu Mar ingat lagi senaskah RM3.50. Hihi..


Dari situ kegilaan terhadap komik/anime makin bertambah. Dengan kemudahan internet mmg meriahla koleksi Mar. Sampai sekarang pun Mar masih layan cerita macam Naruto Shippudden, Bleach, Gundam Seed, Gundam Seed Destiny, Katekyo Hitman Reborn, Kyo Samurai Deeper, Sword Art Online dan banyak lagi. Koleksi cerite Taiwan (yang dah dialih bahasa) macam Juara-juara Kembar, Alam Perwira, Juara Wira dan macam-macam lagi pun Mar ade baca.


Tak cukup ngan tu, Mar cukup minat main game Final Fantasy (FF). Mar pernah main game FFVII, FFVIII, FFIX, FFX, FFX-2, FFXI, FFVII Crisis Core dan Dissidia 012 Final Fantasy. Suka sangat tengok grafik Square  Enix buat...Cantik. Timen tu cukup hantu main game tu sampai berjam-jam habis. Selalunya 2-3 jam sehari Mar main dan waktu selalu main selepas tengah mlm sebab time semua orang tido. Hihihi. Adik-beradik Mar tak berapa suke tgk Mar main game tu sb agak difficult nak main dan perlu paham apa yang patut buat or ending dia akan jadi tak best. Tapi daripada game ni gak Mar dapat improve English Mar. Setiap kali main game, kamus akan ada kat sebelah. Bila tak paham Mar pause..tengok kamus..pastu resume. Alhamdulillah sepanjang sekolah, result Mar tak pernah drop. Selalu average score A atau B je dan sebab tu la mak ayah Mar tak marah Mar main game. Hihihi.




Tapi sekarang ni Mar dh stop main game konsol ni cuma masih lagi on baca komik through online dan download some of the anime. Bagi Mar, apa pun hobi kita, kita perlu pandai bahagikan masa untuk laksanakan tanggungjawab masing-masing.



P/S: Tak tahu la bila nak berhenti hobi ni..:P

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat