Perlu ke ada insurans?



Assalamualaikun dan salam sejahtera

Hari ni Mar nak share sedikit sebanyak pasal insurans. Ni cume pandangan peribadi Mar yang dah guna 2 jenis insurans sejak tahun 2004. Mar bukannya nak jual produk insurans. So kenapa perlu insurans? Basically, ramai yang ada insurans sebab nk ‘standby kan payung sebelum hujan’ especially in term of money. Kos hidup pada zaman ini sentiasa meningkatkan terutamanya bidang perubatan. Kos masuk hospital, kos ubat dan macam2 lg kekadang membuntukan kita sebab tak semua orang kaya-raya sampai ada duit berjuta-juta dalam bank.

Selain daripada menampung kos perubatan, ia juga digunakan untuk kegunaan orang yang masih hidup takkala pemegang insurans ditakdirkan meninggal dunia. Ni semua sebagai persediaan agar pemergian kita tidak mendatangkan kesusahan kepada yang masih hidup. Insurans sekarang didatangkan dengan pelbagai benefit sseperti insurans + Medical Card + Simpanan. So terpulang pada kemampuan kita nak pilih yang mana satu.


Kembali kepada pengalaman Mar dalam insurans ni. Untuk tidak mengguris mana-mana pihak, Mar tak kan sebut jenis insurans tu ye..kang nanti Mar kene saman lak.Hihihi. Mar mula ada ambik insurans A pada 2004 dengan bayaran almost RM100. Time tu terasa banyak sebab gaji Mar baru RM 800-RM1200. Parents actually tak setuju Mar ambik insurans tp Mar carry on je. Kalo boleh Mar tak nak pemergian Mar nanti menyusahkan family sb mati ni bukan tau bila kan? Walaupun skim yang Mar ambik ni ada melibatkan simpanan tp Mar rasa ada missing something.

Bila dah lama kerja dan bergaul dengan macam-macam orang, Mar dapat tengok kepentingan Medical Card terutamanya apabila terjadinya kes emergency. Mar ni takde kredit kad sbb Mar ni jenis boros. Takut terlebih guna time shopping. Jadi, Mar pn terpikir kalo Mar atau anak-anak sakit pening tgh malam camne? Bukan tak percaya hospital kerajaan tp some of the staff makes me don’t want to come to government hospital due to their way of treating patients. Ada je hospital Kerajaan yang ok dan accommodation pun bagus tp tak semua tempat. Ada gak kes bila nak rujuk hospital kerajaan tp result dia tak memuaskan such as sakit tak baik-baik dan etc.

So the best way time tu adalah ke hospital swasta utk buat further check-up. Tp nak check-in hospital swasta ni very costly. Ada yang sampai RM3000 waktu registration. Mana nak cekau duit banyak camtu kalo kita takde simpanan. Kalo ada pun, camne nak korek kalo simpan kat ASB, Tabung Haji atau tempat-tempat yang kene office hour br leh kuarkan. Tu blom kira bil ubat, bil wad dan sebagainya. Dengan ada Medical Card segala urusan tu dipermudahkan cumenye kalo insurans ada medical card ni agak mahal la bln2 nak bayar.

Selepas dah guna insurans A hampir 8 tahun, Mar bincang dgn suami utk tukar ke insurans B yang ada medical card termasuk gak untuk anak Mar, Ikmal. Agak mahal skit tp Insya Allah berbaloi. Mar tak nak menyusahkan suami bila Mar atau Ikmal sakit. Kalo ditakdirkan Mar pergi dulu pn, duit tu boleh suami gunakan untuk uruskan anak-anak. Bagi Mar, buat apa ada insurans tp kite susah nak guna bila kite perlukan. Ada insurans yang cerewet dan last-last kita tak dapat amount yang  kita harapkan. Seolah-olah pihak insurans cuba untuk bayar sedikit mungkin pada kita. Benda ni tak jadi pada Mar tp terjadi pada kengkawan. Sb tu Mar decide untuk tukar insurans.

So..perlu ke insurans? Ianya bergantung sebab tak semua orang mampu nak ambik insurans dan bayaran insurans bulan-bulan pun memang agak mahal. Jadi kene piker masak-masak tau sebelum buat keputusan. Bagi yang mampu perlu buat kaji selidik terlebih dahulu pelan-pelan yang ditawarkan oleh pihak insurans supaya kita rasa berbaloi dengan duit yang kita keluarkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat