Bad Experience During Holiday: Langkawi (1 - 3 May 15)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni Mar nak share serba sedikit worse experience time holiday baru-baru ni ni Pulau Langkawi. Mar sebenarnya selalu pergi Langkawi ni. Destinasi wajib sekiranya kitaorg decide nak balik kampung di Kodiang/Arau (Grandparents sebelah ayah dah lama meninggal). Salah satu sebabnya kalo balik utara mesti 4 hari-7 hari. Sb adik beradik ayah kat sini ramai, so byk tempat nak singgah.
Berbalik kepada kisah bercuti kali ni, it is organise by my sister, Alang. Dh lama kitaorg plan nak balik, almost setahun. Tarikh 31 Apr - 5 Mei tu mmg dh lama book untuk cuti. Walaupun kami tau ramai akan bercuti (sb Cuti Buruh 1 Mei) tapi kami tak expect yang sebegitu ramai orang.
Kebiasaannya kami akan travel malam untuk sampai ke Kuala Perlis pada Subuh esoknya. Namun kali ni mmg spoil. Kami bergerak dr KL jam 11.30 mlm dan hanya tiba di Kuala Perlis sekitar 8.30pg. Tu pun kami hanya berhenti di Tapah (isi minyak), Bukit Gantang (rehat 20 minit) dan Gurun (breakfast). Semuanya gara-gara kesesakan jalanraya ditambah accident dan kereta/lori rosak.
Dah sampai Kuala Perlis, mmg dh nampak betapa ramai nye org kali ni sebabnya kereta yang parking utk ke Langkawi dah penuh kiri kanan. Tapi Mar still cuba positif kan diri yang boleh gak dpt feri dlm 1-2 ptg.
Ni cerita bab beratur lak. Ada 3 kaunter, 2 untuk kaunter biasa manakala 1 kaunter lagi untuk grouping. Mar beratur drp kul 9 pg dapat tiket pada jam 10.30 pg. Okla kan, 1 1/2 jam je beratur tp tiket feri tu kul 5.30 ptg. Huhu..penyeksaan btol kali ni..dah la semalaman tak tido. Kawasan menunggu di jeti penuh gile ngan orang sampai duduk pn atas lantai je. Bayangkan la yg ada anak kecik macam mana..huhu
![]() |
| Penyeksaan |
Alhamdulillah la time ni cuma seksa nak cari tempat je..yg lain ok. Feri dtg on time, tmpt makan pun dekat. Yg tak selesa cm ruang menunggu tu sesak sangat. Kalo ikut hati mmg nk cancel trip tapi memandangkan kereta sewa dan hotel kat langkawi dah bayar terpaksa la pergi gak. Sampai Langkawi dah mlm, check in hotel beli KFC dan kami tido sebab semua nya letih..Dah bazir sehari kt Langkawi tanpa buat ape2.
Esoknya, sepanjang kat Langkawi ada few places je tempat kitaorg pergi iaitu Cable Car, Beras TerBakar dan Pekan Kuah. Mmg xde plan nak g islang hoping tapi tak dan nk g tempat lain sebab terlampau ramai. Nak beli tiket cable car pun dapat time kul 2.30 ptg punya..padahal beli tiket pagi tp terlampau ramai so dptla giliran 2.30 ptg tu. Sementara nak tunggu naik tu, kami keluar dan pergi Beras Terbakar dan makan tengahari. Sepanjang turun tu, Ya Allah banyak gile kereta dan bas2 yang menuju ke Cabel Car.
![]() |
| Tgh Lepak Tunggu Cable car |
![]() |
| Mak, Ayah, Adik Paling Bongsu dan 2 Cucu (Ikmal & Mukhriz) |
![]() |
| We up here |
Kat Cable Car kitaorg spent masa sampai dh nak petang. Balik hotel pun dh kul 5 ptg. Sempat bwk ikmal mandi kolam tpi tak sempat nak bawa ke pantai. Kali ni kami stay di Pantai Cenang. Actually Mar tak minat sgt sb crowded sgt ngan orang tapi dah semua nk dok sana, so ikutkan jela. Malam tu kami malasla nk drive so makan la dekat-dekat je tapi Ya Allah sekali lagi Mar bersabarjela ngan peniaga cekik darah ni. Kami makan dlm 10 org total jumlah almost RM350 sama jumlah kami makan 2 malam berturut-turut di Kuala Perlis dengan menu yang lagi gempak. Huhu, 4 ekor ketam masak black pepper RM85. Mmg kami kena sembelih semasa di Langkawi.
Esoknya kami check out awal sb nk beli tiket dan pergi shopping bagi yang berkenaan la. Tu pn beratur kul 7 pg, dpt tiket kul 6.30 ptg.Sekali lagi berlaku kesesakan luar biasa kan Jeti Kuah. Dah la tengah renovate so tempat limited. Dah la dlm tu xde kipas, aircond pun tak rasa. Memang boleh lemas dok dlm tu. Mar dok kat luar je sb xsanggup nak menempuh orang yang ramai gile tu.
![]() |
| Seksa sekali lagi |
To make things more worse, Feri tak datang ikut time sepatutnya. Bukan salah feri, feri ada kat luar tapi tak boleh masuk sb ade 3 tempat je dorang boleh longside. 1 dah khas utk ke Satun, Thailand. I lagi utk Kuala Kedah/Penang dan satu lagi Kuala Perlis. Kalo dorang tak renovate jeti ada 6 tempat utk feri longside. So berlaku la kesesakan lagi luar biasa yang menyebabkan Mar serik nak g Langkawi naik Feri. Bayangkanla nak bergerak seinci pun tak boleh.. terlalu pack dengan orang.
So moral of story, boleh g Langkawi time cuti tp better naik flight. Mar pun suggest pada ayah, kalo balik kg je bwk kereta, nak g langkawi naik flight. Sb cuti kali ni kami membuang masa kerana menunggu.
Daripada observation Mar gak, kali ni Langkawi bukan sahaja dibanjiri pelancong rombongan sahaja, kelab-kelab, family day la, family day company la. so org yang menjadi mangsa adalah pelancong persendirian mcm kami..huhu..Well it a lesson learn for me.
PS: Tak cerita detail yang lain-lain sb focus cerita kali ni pasal kesesakan orang
PS: Tak cerita detail yang lain-lain sb focus cerita kali ni pasal kesesakan orang





Ulasan
Catat Ulasan