Natural Birth atau Hospital??!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni Mar nak beri pendapat mengenai Natural Birth (NB) dan masuk hospital biasa bagi ibu-ibu. Seriusly Mar tak expert nak explain lanjut pasal ni Cuma apa yang Mar nak tulis ni hanyala opinion Mar. Kalo tak setuju tak yah carry on baca ye.
Mar ni hanya baru 1st bersalin so actually takde pengalaman bab natural birth ni. Bersalin pun kat hospital biasa je. Tapi pengalaman tu tidak menjadikan Mar nak ambik option ambik NB kalo pregnant selepas ni. Pengalaman berada 24 jam berada di hospital dan 8 jam di dalam Labor Room sebelum baby keluar ditambah lagi dengan dua kali kena epidural memang membuatkan Mar serik masa tu. Tapi kuatkan semangat dan fikirkan sakit tu penghapus dosa, Alhamdulillah dapat gak bersalin normal.
Walaupun serik dengan kesakitan yang dialami, Mar tak terfikir nak go for option NB walaupun throughout pembacaan Mar NB ni kurang sakitnya. Memang bestla kalo bersalin tak sakit. Tapi based on experience mak dulu pun, bersalin kan Mar je susah skit tapi bila anak seterusnya Alhamdulillah dipermudahkan. Jadi Mar rasa takde isu bab sakit ni. Sekali lagi Mar cakap ‘Sakit itu Penghapus Dosa’.
Salah satunya sebab kenapa Mar tak go fo NB adalah kerana suami atau saudara terdekat bukanla ilmuan bab kedoktoran. Tiapa siapa boleh bantu dan Mar takkan yakin unless orang tu memang doktor mahupun bidan. Mar juga takut kalo terjadi apa-apa semasa bersalin terutama pada baby.
Bagi orang yang senang mengandung, mereka mungkin boleh redha dengan ketentuan Allah. Tapi bagi Mar yang susah nak mengandung sampai genap 2 tahun kahwin baru ‘lekat’ tambahan lagi ‘kutukan’ orang keliling, so mmg Mar sgt menjaga kandungan bila dah tau mengandung. Time 3 bulan pertama memang boh layan dengan orang yang kata kita manja..skit-skit tak boleh buat kerja. Janji baby selamat.
Ada orang bagi reason sebab hospital bagi layanan tak patut/mesra. Bagi mereka yang pernah bersalin di hospital kerajaan, kekadang kita kena terima yang tak semua jururawat boleh layan memandangkan bilangan jururawat dan pesakit yang ramai dalam satu-satu masa. Hospital swasta memang layanan tip-top sebab mereka tak ramai pesakit tapi duit la mengalir laju. Jadi tolongla maaf kan mereka kalo dorang ada terkasar bahasa. Manusia kan, tak pernah tak buat silap.
Pilihan sebenarnya ada ditangan masing-masing. Mar tetap akan bersalin di hospital dan kalo ada rezeki mungkin ke hospital swasta tapi Mar tak kan sekali-kali go for NB unless I really confident with it dan kalo ada kawan doktor yang sanggup tolong.hihi
Jadi kengkawan yang sokong NB, sila jgn kondem orang lain ye. Please also consult first with doctors before making the decisions.
PS: Doktor dah belajar bertahun-tahun, Insya Allah mereka tau apa patut buat.
Ulasan
Catat Ulasan