Tokyo Winter Trip (24-29 Jan 18)- PART 2
For my PART 2, we will cover from Day 1-Day 3 of our Trip.
Day 1 (24 Jan 18) - KLIA2-Haneda Airport (Tokyo)
- Flight kami adalah Air Asia X jam 1440H. Utk makluman, Air Asia hanya ada satu flight ke Tokyo (Haneda Airport). Di Tokyo ada 2 airport iaitu Haneda dan Narita. Nak senang faham, Haneda ni mcm KLIA2 manakala Narita mcm KLIA tp jarak airport ni berbeza. Narita lebih jauh dr Tokyo almost sejam setengah manakala Haneda lebih dekat (dlm 40 minit). Haneda ni lebih kepada domestic airlines mcm KLIA2.
-Antara kemudahan yang ada kat Haneda ni, kerusi panjang yang banyak (for those yang nak sleep over kat sini), tempat amik air panas/suam (utk minum, or nak buat susu utk anak2), 24 hour store (Lawson di Tingkat 1), toilet dan shower room (jgn mandi lak kt toilet..jgn buat perangai xsenonoh tu ye).
-Flight kami tiba agak lewat sekitar 2330H (Gate P12 di KLIA2..huhu..paling hujung) disebabkan kami lewat take off yg berpunca dari 2 manusia yang dh check in tapi tak muncul. So is normal procedure yang airline kena cari beg yg dorang dh cek utk dikeluarkan dari aircraft for safety reason.
-Walaupun lewat tiba di Haneda, kami mmg decide untuk sleep over je kt airport..Subuh pun awal dlm kul 4 lebih pagi..so mcm rugi je nak check in hotel.
| Ikmal always excited kalo bab nak naik kapal terbang ni |
This 2 form korang kena isi semasa dlm flight. Usually pramugari akan pass pada korang. Isi la awal2 supaya tak kalut waktu nak sampai nanti.
| Tokyo is preparing for Olympic 2020 |
![]() |
| Hot Pd yang wajib beli sebagai bantuan bagi yang tak tahan sejuk mcm saya..hiihi |
| Ikmal di currently sleeping in one of the bench in Haneda Airport. Port ni dekat ngan toilet dan shower room tapi can be too bright and bit noisy because near to arrival gate |
Day 2 (25 Jan 18) - Tokyo Tower + Odaiba + Check in AirBNB
| Breakfast dulu..Ada Halal kebab Stall kt tingkat 4 |
-Jam 0630H : Time ni merupakan time office JR dan Tokyo Subway dibuka..so kami beratur untuk beli 2 tiket ni.
JR Tokyo Wide Pass- TAK DIJUAL DI MALAYSIA..kalo 7-Day/14-Day Pass, korang boleh beli Malaysia dan amik di mana-mana JR Office. JR Office di Haneda ni adalah yang paling busy, so korang tak intend nak terus guna pass ni, leh cari office JR yang lain. Disebabkan kami nak guna esoknya ke Gala Yuzawa so kena la beli.Kami activate kan mulai hari ni sb nak guna monorail dan JR Train.
Kami beli gak 72-hours pass Subway dan PASMO Card untuk kegunaan train dan lain2.
| Naik monorail ke Hamamatsucho Station |
| Dr Daimon Station ke Shimbashi Station (untuk letak luggage). Daimon station bersambung dengan Hamamatsucho Station dbawah tanah |
1. Coin Locker- Terdapat di kebanyakkan station/airport/tempat membeli belah di Tokyo. Harga ikut saiz locker dari 300-600Yen. Yg saiz sedang, saiz 21" luggage leh muat dan kebiasannya banyak locker available. Masalah pada yang bwak 24" luggage ke atas sebab locker ni kebanyakkan dah penuh terutama tempat2 ramai pelancong. Coin locker ni, ada yang boleh gun SUICA/PASMO Card untuk bayar atau mcm dlm gambar ni kena pakai coin..so duit 100 yen tu kena la adakan or jgn perabih guna..hihi
2. Ecbo Cloak- Yang ni yang sy guna. Basically guna kemudahan kedai/pejabat yang menawarkan tempat simpan. Harga dia lak tak mahal. Kebanyakkannya sama mcm coin locker. Cuma korang kena pakai web dan kena ada kredit kad sebab bayaran akan terus dipotong dari kad. Ni link yang korang leh access dan tgk kt mana tmpt yg korang pikirkan sesuai nak letak.: https://cloak.ecbo.io/en
| Cth Coin Locker jenis pakai coin |
-Waktu ni sebenarnya Tokyo baru lepas 5 hari turun salji setelah 4 tahun tak turun salji di bandar ni..So salji kat sini agak keras tapi still enjoyable to see bagi orang yang first time tgk salji mcm kami ni.
| Ikmal 1st touch of snow |
- Selapas tu, kami decide nak ke Odaiba..cuma time ni kami jalan agak jauh (dlm 1km gak) ke Daimon Station (E20) to Shiodome (E19) -yang ni pakai 72 hours Pass sebelum tukar ke Yurikamome Line (yang ni kami pakai PASMO sb dia private railway) ke station Daiba
Bila dah sampai sana, kami cari makan la dulu sebab dh lapar. Kami jumpa kedai halal di Odaiba Rivercity (mcm mall). Nama kedai ni Soujibo dan jgn risau sebab sijil halal ada di hadapan kedai. Meal yang kami makan ni total dlm 2000 yen tapi portion dia agak banyak. Mcm set saya, ada nasi + soba. So ikmal mkn soba, saya makan nasi tapi still sgt kenyang. dapat minum Japanese Tea mmg rasa best sgt dikala sejuk2 ni.
| This is my meal..bykkan untuk sorang |
| Korang leh tgk ape nak mkn kt depan kedai ni. Ada harga dan sijil halal |
| Ni la entrance kedai. Kitaorg terlepas mula2 sb tak pandai baaca tulisan jepun dan tak nampak tanda halal |
After lunch, kitaorang g ke tempat yang sy cukup minat..GUNDAM..dlm ni ada mcm muzium + enterntaiment + shop kalo nk beli gundam. Sebab sy dah plan nak beli di Akihabara je, so kali ni kitaorang jalan2 je la
Kalo dah sampai Odaiba Rivercity ni memamg tak salah la kalo tak amik gambar kat full size Gundam yang ada kat luar mall ni..Base on bacaan dorang akan tukar jenis Gundam ni setiap Spring, so kali ni adalah GUNDAM UNICORN..
Saya mmg peminat GUNDAM..hihihi..not my husband..
| Jangan lup amik gambar at this angle k |
Di Odaiba ni banyak tempat boleh melawat sebenarnya..patut dtg t day full trip, tapi kami amik yang mana kami minat je..So next adalah tempat yang husband nak pergi iaitu Toyota City Showroom..bukan sekadar showroom kereta je ye, ada test drive, mini muzium dan all technology develop by Toyota.
| kami dah nak balik untuk check in |
After settle di Odaiba, kami singgah di Shimbashi Station untuk amik luggage kami dan bertolak ke Apartmen kami di daerah Taito, 5 minit dari Kuramae station (E11-Oedo Line). Menu makan malam kami adalah makanan yang kami bawak dari Malaysia..makan ala kadar je sebab both husband dan ikmal tido jam 6 lebih ptg...time ni dh gelap sb Maghrib jam 5 .15 ptg...so end la our trip for today.
Day 3 (26 Jan 18) - Gala Yuzawa + Camii Mosque (Shibuya)
Sebelum datang ke Tokyo, antara bucket list yang kami nak buat adalah naik Bullet Train dan experience main snow. So setelah search mcm2, kami jumpa Gala Yuzawa. Snow Resort yang directly access by Bullet Train/SHinkansen. So kali ni kami guna la JR TOKYO Wide Pass. Utk naik Shinkasen dari Tokyo leh naik dari 2 stesen samada Tokyo Station (M17-Marunoichi Line) atau Ueno Station (Ginza/Hibiya Line).
Kami naik dari Tokyo Station. Beli reserved seat dulu dan naik train jam 0804 by Joetsu Shinkansen.
| JR Tokyo wide Pass + Reserved Ticket |
Ensure korang tgk betul2 car korang berapa..car maksudnya couch berapa tau..then no seat korang. Ada couch/car yang dah dikhaskan untuk orang tempat tempat duduk dan yang tak. perjalanan ke Gala Yuzawa memakan masa 75 minit shj (almost 230km)
| ni la Joetsu Shinkansen..straight dr Tokyo station |
| tgk car korang betul2 ye |
| Our seat |
| Ikmal breakfast roti..mama breakfast onigiri..abah makan nasi goreng |
| Permandangan dr shinkansen |
| Aktiviti yang korang leh buat disini dan kadar sewa |
Bila kami tiba di Gala Yuzawa, it's snowing heavily. Ikutkan kami nak ikut tour yang ada..tapi terpaksa dibatalkan oleh pihak resort sb snowing..so kami just sewa baju, boots, slade dan tiket gondola.
| Pintu masuk/keluar ke Gala Yuzawa train staion |
| Budak kepenatan. |
| Shinkansen ni ada tempat charge hp/laptop.. |
Kami spent sampai kul 1 lebih di Gala Yuzawa sebelum balik. On da way balik, kmi singgah di Camii Mosque yang terletak di Shibuya dan terus ke Shibuya Crossing..nak shopping tapi ikmal dah kepenatan..So malam tu g cari mkn di kedai Ayam-YA yg berdekatan Ueno-Ukachimachi (E-09) station.
| Masjid ni diasakan oleh masyarakat Turkey |
| Let's cross |
| Ramen kat sini sedap dan pentingnya HALAL |
My PART 2 ends here..last part will come soon..tq for reading



Ulasan
Catat Ulasan