Tokyo Winter Trip (24-29 Jan 18)- PART 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

This is my last part during the trip to Tokyo..hope you guys enjoy it!!!!

Day 4-24 Jan 18 (Lake Kawaguchiko (Mt Fuji) & Prince Chichibu Rugby Stadium)

Untuk hari ni kami fokuskan untuk trip ke Mt Fuji..kalo bukan musim winter, kita boleh naik sampai 5th station tapi disebabkan kami ni ada anak kecil dan mmg time ni station tu tutup so kami buat kesimpulan untuk pergi tasik berdekatan Mt Fuji. Kalo tak silap ade 5 tasik berdekatan Mt Fuji and the reason we choose Lake Kawaguchiko is easier accessibility by train.

Disebabkan kami menggunakan JR Tokyo Wide Pass dan ini adalah hari terakhir utk pas ni..so kami pilih untuk ke tasik ni. Mcm biasa, jangan lupa pergi ke Kaunter JR Office untuk book seat dengan percuma. Kami naik dari Shinjuku Station dan terus ke Kawaguchiko..NOTE: Ni bukan shinknsen@bullet train je, just normal train dan amik masa almost 2 jam 15 minit sehala.

Tiket dari Shinjuku ke Kawaguchiko

                               
Di stesen Kawaguchiko
Di setesn ni pun dan banyak port untuk amik gambar


Di sebelah kanan Stesen Kawaguchiko, ada Tourist Information Center  korang boleh dapatkan ke whole map dan tempat menarik di area tasik ni. Nak berjalan kaki boleh je kalo larat..hihi..Kami naik bas je..stesen bas ada betul2 di depan stesen Kawaguchiko ni. Ada gak dijual tiket 1300yen (kalo tak silap) untuk 2 hari..so naik la bas sekerap mungkin. Kami beli gak pas ni, tapi rasanya tak sesuai dan tindakan yang kurang bijak sb 2 day pass ni lebih sesuai untuk mereka yang mmg menetap di hotel sekitar Kawaguchiko ni. So agak membazir la sb rasanya kami guna kurang drp 1000 yen..huhu..so mistake had been done but that what's trip is all about. Nama pun g sendiri kan..hihi

Kami straight ke Mt Kachi-Kachi. Bayaran untuk ke atas puncak bukit ni adalah 800yen pergi balik. So why bukit ni??? sb bukit ni direct view dengan Mt Fuji.

Beli tiket ni kat machine yang ada ye..kalo pergi by group (lebih 10org) baru g kaunter

Waiting for our gondola

cantikkan..



Kat atas ni ada gak tempat cenderahati dan tempat makan. Tapi kami was-was, so kami turun baru g tempat halal yang ada kat Kawaguchiko ni. Nama restaurant ni Aladdin (makanan indian dan pakistan). So kalo nak makan nasi pun boleh kat sini.

Turun di stesen ke-4 Ogi ye untuk ke restaurant halal ni






Selepas makan, kami pusing-pusing di area tasik ni samapai dalam jam 2 ptg, bagi can ikmal untuk main salji yang masih lembut disini. Dalam jam 2.30 ptg kami naik train balik ke Shinjuku. So, disebabkan perjalanan balik pun lama dan siang yang pendek, bila sampai Tokyo je hari dah dekat2 malam. So kami pergi ke Prince Chicibu Rugby Stadium (my husband punya wish). walaupun stadium dah close this time, tapi at least boleh la amik gambar dekat area ni. Kedai Canterbury ada berdekatan stadium ni, so rugby fan can buy merchandise from here.
Beautiful view..Rasanya selalu nampak view ni dlm anime atau cerita jepun yg lain


Making his wish come true


Selepas tu, kami dinner di kedai AYam-YA berdekatan Okachimachi. Cara nak order di kedai di guna vending machine. Ada menu dan harga, korang bayar according harga then akan kuar resit..resit dia kecik je tau..satu menu satu tiket termasuk air. Memandangkan kedai ni jual ramen, so orderla ramen tp order set besar..hahaha..nampak sgt lapar..Overall spent kt sini dalam 2800 yen. Mahal sikit sebab kami order extra ayam goreng dia yg dikatakan sedap dan mmg sedap..huhu.rugi lak order satu plate


Day 5-25 Jan 18 (Roponggi-Ueno-Akihabara)

Untuk day 5 ni, saya tak plan pun semasa di Malaysia untuk pergi ke Roponggi..sb tempat ni mcm high class..so a lot of branded item ada kat sini. Saya bukan nak shopping barang branded so mmg xde la dalam senarai tempat ni asalnya. Roponggi ni leh ckp mcm Bukit Bintang/Pavillion punya area.

Macam mana boleh sesat ke sini??? Sebab ada 30th Final Fantasy Anniversary Exhibition..hihi..Dah saya ni mmg minat anime dan game Final Fantasy, so of course la buat de-tour ke sini.



View of Tokyo Tower..cuaca time ni mendung dan sgt berangin


Tak ingat lak nama spider ni

Memang best sgt waktu dlm exhibition ni..Tak sangka diberi peluang untuk join event Final Fantasy. Dalam pameran, byk koleksi Final Fantasy dari Final Fantasy 1 hinggalah 15 ditunjukkan. So sape pernah main game ni mmg rase seronokla. Husband sy follow gak masuk dlm pameran ni padahal satu game Final Fantasy pun dia tak pernah main. Cuma saya syukur, husband xde komen or menghalang minat sy ni..Asalkan pandai bahagi masa.

Selepas tu, kami straight ke Ueno Ameyako Street dan Akihabara. Ueno Ameyako Street adalah tempat sesuai untuk korang jadi goodies mcm keychain, T-shirt dan mcm2 barang cenderahati lain..Selain kat sini, di Asakusa pun ada dan mmg kami plan ke Asakusa esok, so beli la skit2 dulu..agak2 tak cukup nanti kami beli di Asakusa.

Di Akihabara lak adalah syurga shopping kaki game, anime dan electronic gadget mcm sy ni..rasa mcm tak cukup masa je waktu bershopping di sini

Lunch Kebab di Ueno Ameyako Street. 500yen

Makanan seafood yang fresh, walaupun ade cooker kat apartment tp xde bahan2 lain so mampu tgk jela

Trademark Ueno: Panda. Sebab kat Ueno ada zoo yang mmg ada panda. Tak cukup masa nak explore sini

First console yang sy main dulu..SEGA..Boleh main game kat sini, tp mengenangkan anak dan suami yang xmain game, so jejalan je la this time..Kalo g sendiri ni mmg kompem dah kt dlm..hahaha

Kami ke Akihabara ni hari Ahad, so kawasan jalan ni ditutup untuk pelancong..Mmg ramai sgt org..especially org Jepun sb anime/game/electronic ni mmg dh jadi budaya dorang

Ikmal dengan mini gundam

Di Akihabara ni ada Gundam Cafe, nak masuk tapu que panjang la pulak. Maybe next time kena avoid weekend. Tp kalo avoid weeekend kita xkan nampak keriuhan tempat ni

Dinner


Day 6: 29 Jan 18 (Imperial Palace-Asakusa-Tokyo Haneda Airport-KLIA2)

Huhuhu, last day kami di Tokyo..semalam punya cerita pun rasa mcm tak cukup masa..
For last day ni kami  cover Imperial Palace di center of Tokyo dan Asakusa.
Why Imperial Palace? Sb ni tepat wajib pelancong untuk sampai dan kami skip tempat ni. On our itternary, Imperial Palace patut pergi on first day tapi kami tak sempat.
Memandangkan kami check out apartment jam 11 pg..so pagi tu kami decide g Imperial Palace dulu, balik check out dan straight ke Asakusa.
Untuk ke Imperial Palace, stesen paling dekat adalah Nijubashi-mae (Exit: Imperial Palace)


Pandangan luar stesen


Ni la Imperial Palace.  Ambik gmbr dari laur je la ye



Budak ni dah xleh tengok salji..konfem nak main

 Selepas balik dari Imperial Palace, kami pun check out (brg dh pack mlm td). Beg kami semua kami simpan di Coin Locker di Asakusa (400 yen utk saiz besar dan 300 yen untuk saiz sederhana). Kami dah bertambah luggage sebenarnya. Waktu di Ueno semalam, kami beli beg troli saiz 21" disebabkan ada beli makanan mcm Dorayaki dan saya sendiri beli Gundam 2 kotak..hihihi..

Selepas simpan barang, kami g brunch dulu then pusing2 Asakusa. Kawasan ni sangat luas dan sesuai untuk korang spent day kat sini. Sini gak ada makanan halal yang banyak. Ini tempat last untuk kami habiskan duit yen...hahaha

Kaminamori Gate..Icon Asakusa

Full picture..

Sekai Cafe. Ada ruang solat gak kat sini

Pandangan depaan kedai Sekai Cafe

Menu Brunch..Fries tu sgt sedap..flavour seaweed
Lorong kedai di Asakusa..shopping la duit yen korang ye



Dari sini nampak satu lagi icon Tokyo iaitu Tokyo SKy Tree..



Tarikan di Asakusa

Ni Temple dorang..amik gmbr di luar je

Ikmal dok main Salji lg

Sky Tree..mampu tgk je sb tak sempat nak pergi..huhu

Kedai di Asakusa Street



Di luar kompleks ni, kami g cari pasaraya Don Quijote..kat Tokyo ni, byk outlet Don Quijote..tempat yang murah nk beli barang. Walaupun dh beli di Ueno dan Asakusa street tadi, tetap gak masuk dan membeli beberapa jam untuk dibawak balik..hadiah drp kami utk org tersayang.


Mascot dia yang comel

Plan nak lunch sini..Belakang Don Quijote je tapi malangnya kedai ni tutup la..huhuhu..GAGAL

Next Option: Makan ramen di kedai Naritaya

kalo compare mkn ramen kt sini tak berapa sedap berbanding di Ayam-YA

Dah habis makan dan pusing mencari apa patut yang dicari, kami bertolak ke Haneda Airport.
Funny is, on last day ni kami salah naik train and is our fault gak yang tak tgk bebetul..
Macam mana salah? Sebab kami tak naik train ni waktu sampai dulu..
Dari Haneda nak ke bandar Tokyo ada 2 jenis train samada Tokyo Monorail atau Keikyu-Line Train.
Waktu sampai kami naik Tokyo Monorail sb cover dalam JR Tokyo Wide Pass. Balik ni saja la try naik Keikyu-Line. Sekali amik kau salah train...
Betul dah train Keikyu-Line cuma destinasi salah. Patut amik yang straight menghala ke Haneda Airport.
Dah tau salah tu, kami turun next stesen dan tukar platform. Kat sini kami nampak sedikit kekurangan berbanding Tokyo Metro iaitu penggunaan Bahasa Inggeris untuk signage. Purely Japanese..So mcm mana kami tau nak naik train mana/kul berapa..nasib la ade icon kapal terbang di awal ayat. So kami tunggu je (dlm 5 minit) untuk train sampai dan alhamdulillah sampaila ke airport.

Kami sampai around kul 6 ptg..so dh gelap, cari port untuk charge hp dan solat sebelum kaunter check in buka. Flight kami 1130 mlm dan kaunter check in buka 8.30 mlm. Kami lepak di area bilik solat di Aras 3, berdekatan kaunter K dan L.

Di aras ni, x sejuk sgt, so kami buang baju heattech dan simpan dalam luggage. Xperlu pakai tebal2 sebab ruang ni ada pemanas..so tak dela sejuk sgt. Khidmat wrapping bag pun ada disini (1000yen satu beg).

Selepas check in je luggage kami terus ke gate kami dan lepak disini hingga flight sampai.

Point yang banyak di airport..xyah gaduh nak charge

Hasil borongan semasa di Tokyo. Majority for family members..Gundam + Final Fantasy item tu saya punya ye..hahaha

PENUTUP

Thank for reading my post until the end. Hope you guys have fun.
It's really fun to be in this country. 
Budaya mereka yang tak menyusahkan orang lain, ketepatan masa dalam pengangkutan awam dan kebanggaan mereka untuk melaksanakan tugas hatta sebagai pencuci tandas pun membuatkan saya kagum. 
Sebab di Malaysia, selalu kita merendahkan pekerjaan seseorang. Asalkan dia pencuci longkang kita hina, benda yang tak patut kita buat/lakukan. We didn't respect each other job/duties.
Tandas mereka sentiasa bersih/kering walaupun sempit. Nak cari tong sampah memang takde. Kerusi untuk lepak2 pun takde..Vending Machine yang berfungsi dengan baik pun banyak (xde vendalisme)..

Memangla ada yang tak bagus ttg orang Jepun tapi yang buruk tu jgn la diingat..amik yang baik2 je..mcm mana kita nak improvekan sikap manusia di Malaysia ni. 

Melancong bukan sekadar untuk seronok je..tgk ape yang baik, bawakla balik untuk memperbaiki diri sendiri. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat