Holiday Day 1 : Singapore & Universal Studio Singapore
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ni Mar nak share sedikit pengalaman ke Kota Singapura dan Universal Studio Singapore@USS. Ini bukanla kali pertama Mar ke Singapore tapi dah kali ketiga cumanya sebelum ni pergi ke sana dengan kapal navy. Kedua-dua trip tu berlaku pada tahun 2010 dan kebanyakkan tempat seperti USS dan Marina Bay Sand tengah rancak dibina.
Trip kali ni adalah selama 4 hari 3 malam dan kami stay di rumah relative husband di Tampines (arwah atuk sebelah ibu mertua mmg orang Singapore), so kami dah save budget bab penginapan.:). Kali ni Mar share on our first day je k.
Kami berlepas pada pagi Jumaat dan masa perjalanan (flight) hanya 1 jam tapi disebabkan flight international, bab clearance imegresen mmg lama. Nak jimat, kami naik je AirAsia dan alhamdulillah waktu kat KLIA2 tu dapat terminal yang tak jauh. KLIA2 punya international flight terletak di Gate P dan Q dan dua2 ni mmg jauh. So bila dapat P3 tu mmg bersyukur sangatla.
Kami sampai Terminal 1 Changi International Airport jam 11 pg tp nak settle bab imegresen dan bagasi dalam kul 1 lebih gak baru settle. So nak ke stesen MRT kenala naik SkyTrain ke Terminal 3. SkyTrain ni khas untuk kegunaan dalam airport utk berhubung antara Terminal 1, 2 dan 3.
Nak naik MRT atau bas kat Singapore kena pakai EZlink Card. Macam Kad Touch n Go. Satu kad tu bernilai $12 dan ada nilai $7 dan tempoh kad ni 5-6 tahun. So jangan buang kad ni walaupun dah balik Malaysia nanti..hihi
![]() |
| Kad EZlink dan Map MRT/LRT turut diberikan |
MRT/LRT kat Singapore ni mmg banyak line dia..Ada 5 jenis line MRT dan 3 line LRT. Memandangkan antara satu-satu stesen tu tak jauh, so bayaran dia xdela mahal sgt. Ada tu sen-sen je nilai dia. So tak perlu risau nk topup awal2 ni. Cuma untuk ingatan MINIMUM reload adalah $10 dan MINIMUM nilai yang perlu ada dalam kad adalah $3.
Untuk hari pertama ni kami hanya merayau di sekitar Orchad Road dan Geylang Road.
Orchad Road ni ala2 Bukit Bintang sb banyak Mall yang jual barang2 exclusive..semua brand mahal2. Nak jamu mata bolehla, kalo nak beli tu pn boleh tp kena ada kemampuan. Walaupun GST kat SIngapura ni 7% tapi kita boleh redeem balik bila kat airport nanti. Nak ke sini naik MRT dan berhenti di stesen Orchad (North South Line)
![]() |
| Depan Mall ape ntah |
Kalo kita convert ke RM mmgla mahal apatah lagi Ringgit ngah jatuh sekarang ni. Tapi kalo kite cuba compare kat Malaysia, mmg xdela kasut sukan harga RM12. tul tak?
![]() |
| Ikmal & Abah di Pasar Geylang |
![]() |
| Mama dan abah sempat rembat kasut untuk pergi USS esoknya |
So itujela tempat kitaorg g on first day ni. Malamnye kami tak merayap apatah lagi Ikmal jenis tido awal, so kitaorg pun merehatkan diri sebab tau esoknya lagi banyak tenaga nak pakai dan confirm kaki ni akan keletihan.
To be continue....




Ulasan
Catat Ulasan