Holiday Day 2 : Singapore & Universal Studio Singapore

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni kita sambung cerita di hari kedua kami berada di Singapura. It's the main reasons why we're visiting Singapore. Tak lain tak bukan sebab nak pergi Universal Studio Singapore@USS.
P/S:Entry kali ni panjang skit ye...

Untuk ke sana, perlu naik MRT ke stesen Harbour Front (North East Line atau Circle Line).

Tips Sebelum Berkunjung ke USS
- Breakfast kena ambik, kalo boleh yang heavy lagi baik.
- Pakai kasut/sport shoes. Jgn pakai selipar atau heels, confirm sakit kaki atau melecet
- Bagi yang ade baby/kanak2, better bawak stroller yang ada hood, sb sgt panas. Kalo hujan lainla ye.
- Boleh bwk outside food or drinks, so beli la air mineral kat luar sb kat dalam USS mmg mahal.
- Bwk topi, mini fan sb mmg panas

Bila dah sampai Harbour Front, kena naik ke Aras 3 (kalo tak silap) untuk naik train ke Sentosa Island. Bayaran untuk tiket train adalah $4 pergi dan balik. Kat Sentosa Island ni mcm2 benda boleh buat dan byk tempat boleh pergi. Jadi terpulang kepada citarasa masing-masing nak ke mana dan bayaran adalah berbeza. It's better buat homework ke mana korang nak pergi sebelum datang sini. 


Tiket train ke Sentosa Island
Untuk makluman, ada 3 stesen sahaja utk the whole Sentosa Island ni iaitu USS, Merlion dan Beach. So ikut destinasi nak pergila ye tp ape2 hal korang leh tanya pekerja Sentosa Island, dorang mmg ada di mana sahaja untuk assist.
Dalam Train nak ke Sentosa Island
Bila dah turun train, ada kaunter beli tiket ke USS. Masa Mar pergi, dewasa sorang $74 dan dorrang bgtau rollercoster dorang yang paling besar masih under maintenance and it's been like that for 2 years..lama betul maintainence dorang..Sb dah sampai takkan la tak nak masukkan. After dah beli tiket kena jalan skit dlm 50m utk sampai gate USS dimana korang akan nampakla Globe USS yang berpusing yang famous tu. Ada gak dtg ambik gmbr je, pastu tag kata dh pernah dtg USS padahal dok depan gate ye..hihi..so pas ni takde sapa boleh tipu la kan..hihi
Kaunter Beli Tiket


Bukti penting..hihi

Ni la pintu utama nak masuk USS
Ok, kat dalam USS ni banyak entertaiment ride,so kanak2 mcm ikmal banyak yg xboleh main, sb ade certain height yang boleh masuk. So mama dia jadi tukang jaga kat luar je la tp still ada gak benda yang boleh main dalam ni. Yang ada kat dalam ni mcm Sesame Streets, Transformer, Movie, madagascar, Castle Shrek & Fiona, Puss in Boots, the Mummy dan Jurassic Park (ada wet ride dan dry ride, so kalo nak naik boleh la prepare baju extra). So kat bwh ni Mar share few picture wkt dlm USS ni ye


Suasana selepas masuk USS

Ada byk figure yang berjalan2, so ambikla gmbr ye

Minion Mart

Space Chase Ride

Cinema Ride

Masih dalam mood Easter, so bykla telur2 ni dlm USS


FF7: Vin Diesel in da house

Transformer City
Dalam kedai transformer

The Mummy

Dalam Castle Far-Far Away

Dpt side picture pun cukupla

Our lunch: Fish Sandwich & Fries $10, air dlm botol tu lak $17 (nk jadikn cenderahati)

Puss in Boot Ride

Rumah Shrek

Madagascar Ride

Waktu tgk show kt WaterWorld

Mini Statue of USS

Jurassic Park Entrance
Tips waktu dalam USS

1. Kami buat 2 kali round dalam USS, first time main game/ride, 2nd nak tgk show. Kebanyakkan show start jam 12/1 ptg.
2. Bab makan ni kalo ragu beli la menu2 berasaskan ikan. Macam Mar ari tu makan Fish Sandwich je.
3. Bab cenderahati lak, sebaik-baiknya pegi tgk setiap kedai. Harga mungkin sama tapi promotion dia yang berbeza. Dekat gate masuk USS mmg ade kedai cenderhati yang besar dan kebanyakkan character ade. Cthnya Mar beli bekas air tp penutup dia kepala bumblebee, harga mmg fix $26 tapi kalo beli kat kedai Trasformer dpt free drink yang besar.
4. Sepanjang jalan, ada stall kecil jual air tp harga mahal. Cth yang Mar beli bekai air Bumblebee tu $26 tp dorang jual $33. so byk bezanya.
5. Surau ada disediakan dekat kwsn The Mummy
6. Kalo nak makan nasi, ade jual area The Mummy. Yang lain jual biasa2 je.
7.Kul 5ptg ada parade, so leh la tgk2 ye.
8. Pili air kat toilet pakai sensor dan kadar air dia slow, so bwkla botol isi air, senang nak cuci.
9. USS ni ada gak sediakan point minuman air percuma, tp Mar tak try pun sb dah byk air mineral sendiri.


Pentingnya stroller, untuk Ikmal tido dan avoid cahaya matahari

So basiclly korang akan habiskan masa seharian di USS. Tapi jangan lupa gi ambil gambar kat Merlion Sentosa. Kalo rajin naikla train, tp seeloknye jalanla sb tak jauh pun. Merlion Sentosa ni yang paling besar dan terletak diatas bukit. Boleh gak naik sampai mulut Merlion tu tapi ada charge. Charge tu Mar xsure berapa.

Merlion Sentosa

Merlion Sentosa with Ikmal
Waktu nak balik Mar suggest kan korang naik dari tempat Merlion ni, sbbnya bila dh ptg dlm kul 5-6 tu mmg ramai org akan balik dan korang terpaksa que panjang. Kalo dari Merlion ni xde beratur..hihi. dan korang pun tak perlu bersesak-sesak.

So itu jela yang Mar boleh share kt USS. Kalo ade yang Mar terlupa nanti Mar update lagi k

To be continue...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat