Holiday Day 3 : Singapore & Universal Studio Singapore

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ni Mar sambung cerita trip kami ke Singapura di Hari Ke-3. Although kami stay sampai hari ke-4 tp hari last tu kami tak ke mana-mana sebab nak kemas-kemas barang. Flight 4 ptg tp dh kena gerak seawal kul 12 tengahari sb nk clearance imigresen dan kastam Singapura lagi. So cerita trip kami ni akan berakhir pada entry kali ni ye.

So on our 3rd day ni, tujuan kami adalah nak pergi Marina Bay Sand, Esplanade, Merlion Statue, Arab Street dan sedikit shopping di Mustapha Center.

Marina Bay Sand

Nak ke Marina Bay Sand kena naik train stesen Marina Bay (North South Line) dan akan sampai pada Marina Bay Shopping Mall. Sekali lagi tempat ni memang high end. Barang yang jual kat sini memang mahal la. Bhgn depan mall ni tasik yang menghadap ke Esplanade dan Merlion Statue, manakala belakang dia Marina Bay Sand. Asalnya nak ambil gmbr membelakangkan Marina Bay Sand, tetapi kedudukan matahari tak mengizinkan. So my advice kalo nak ambik gmbr, ambikla gmbr time petang2 skit k.

The Shop of Marina Bay Sand

Berhadapan Esplanade dan Merlion Statue

Panorama bank yang byk

The opposite side of The Shop of Marina Bay Sand
After jalan-jalan dalam mall ni, kami keluar dan terus menuju ke Marina Bay Sand. Tak jauh pun hanya perlu cross jalan sahaja. So bolehla nak rasa tgk lobby dia yang mewah ni. Terasa gak ketidakmampuan nak dok hotel mahal ni. 
Di Lobby Marina Bay Sand Hotel
Kat sini ada 2 tempat menarik yang boleh dilawati iaitu:

1. Marina Bay Sky Park



   Nak masuk Sky Park harga dia $23 untuk dewasa dan & $17 utk kanak-kanak. Nak naik koraang kena pergi ke Tower 3.Kawasan lawatan hanya di kawasan observation deck di Tower 3. Tower 1 dan 2 hanya khas untuk tetamu hotel so tak boleh la pergi Infinity Pool dia yang femes tu tapi still boleh tengok gak. :P

Three of us


Stadium terapung

Eye of Singapore

From above

Nampakkan infinity pool..hihi

Cafe Sky Park

Daripada Sky Park sebenarnya korang boleh lihat the whole area Garden By the Bay dan semua iconic building yang ada kat Singapore ni.

2. Garden By The Bay

Seluruh kawasan Garden By The Bay dari SkyPark
 Untuk Garden by the Bay lak, kami tak pergi sebab bila lihat daripada Sky Park ni tak jadi nak pergi sebab kawasan dia luas. Time kami naik pun dan almost kul 1 petang, so mmg panas. Jadi kami buat decision tak pergi. My advice kalo nak pergi, pergila petang and ensure korang pakai kasut yang sesuai sebab kawasan ni luas dan korang akan banyak berjalan. Yang bwk kank-kanak better bwk stroller k.

Esplanade dan Merlion Statue

Dah habis tu, kami ke Esplanade dan Merlion Statue. Boleh naik train ke station Esplanade (Circle Line) dan daripada Esplande boleh jalan cross the bridge untuk ke Merlion Statue. jangan lupa ambil gambar berlatarbelakangkan Marina Bay Sand k.

Ada orang rasa dia kuat.hihi

Me and Ikmal

Bangunan berkubah tu la Espalande atau mcm Istana Budaya kt Malaysia

Original version of Merlion Singapore
Raffles Place

Dah puas bergambar kat sini, kami pun berjalan ke Raffles Station. Agak jauh gak perjalanan tapi jangan risau ada signboard bgtau stesen tu di mana ye. Kawasan Raffles Place ni keliling bank, so kalo hujung minggu memang lengang jadi boleh rehatkan kaki anda yang penat berjalan tu k.




Ikmal dah tukar baju

Rehat dulu ye

Arab Street, Mustapha Center dan Chinatown

Disebabkan kami tak makan lagi dan juga belum solat, so kami straight ke stesen Dhouby Gout. Kena jalan dalam 1 km baru sampai Arab Street. Kat sini senangnye sebab jual nasi dan ada masjid. So settle la bab makan dan bab solat. Kami makan Nasi Briyani dan Murtabak Singapore yang berharga $6 each.

Menu lain tak sampai lagi time ni

Masjid Sultan
 Selepas makan, kami berjalan ke Syed Alwi Road kira-kira dalam 15 minit berjalan kaki. Ada MRT stesen Ferrer Park tapi disebabkan kami kena patah balik ke stesen Douby Gout jadi kami cancel je kan. Mustapha Center ni ala-ala Mydin. Semua barang ada dan harga dia berpatutan. So beli la skit2 gift utk orang Malaysia.hihi
Entrance of Mustapha Center
Habis ni Mustapha Center, kami berehat kejap sebelum sambung perjalanan ke ChinaTown. Takde dalam list nak pergi tapi saja nak lihat tempat orang.

depan MRT ChinaTown

Persekitaran China Town
That is our last destination for that day. Memang banyak turun naik MRT tapi it's great experiences. Thank a lot pada husband yang banyak sponsor untuk trip kali ni. nak travel jauh-jauh maybe kena plan lagi awal. Insya allah kalo ada keizinanNya, kami nak ke Tanah Suci dan mungkin akan ke UK bila adik ipar dah settle down untuk sambung belajar nanti.

So that all for our trip experiences. Glad able to share with all. Hope it can help you while travelling at Singapore.

The end.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apple oh Apple

Review: OPPO Find 7

Dilema Ibubapa: Carseat